Sabtu, Mac 13, 2010
PENGETAHUAN HERBA
1. Pegaga (Teh Herba, Teh Asiatica, Sabun, Kordial Pegaga, Teh Instant)
- Bentuk otak dan untuk kegunaan masalah ADD.
- Mengubati luka dalam.
- Herba antikanser (kanser yang terkait dengan hormon)
- Asiatikosid (antibiotik) dalam Teh Instant.
- Baik bagi ibu lepas bersalin.
- Diuretik dan mengandungi minyak yang baik untuk ginjal.
- Elok untuk kulit dalam persediaan sabun.
2. Teja Lawang (Herba Tuju Angin, Radix, Paramaria Plus, Kopi Radix dan D'Karm)
- Teras pokok (ratusan tahun).
- Satu famili dengan kulit kayu manis.
- Mengandungi minyak sari untuk gastrik.
- Mengubati masalah angin (racun, suhu, angin).
- Rendaman kulit kayu manis baik untuk diabetes dan sakit pinggang.
- Mengurangi tekanan di otot jantung (angina).
3. Hempedu bumi (D'Tork, Imuniti dan Deep Cleansing)
- Masalah hati seperti hepatitis
- Tonsil
- Demam
- Darah tinggi
- Kencing manis.
4. Mengkudu (Buah dan Akar)
- Buah dalam bentuk kapsul mengkudu.
- Akar dalam Herba Tuju Angin, Radix, Paramaria Plus dan Kopi Radix.
- Morindin sebagai pelawas dan anti kanser usus.
- Mengandungi selenium anti oksidan yang kuat.
- Anti kanser.
- Darah tinggi.
- Sinergi dengan madu menurunkan kolesterol.
- Mengatasi masalah tidur yang ringan.
5. Senna Makkiah (Pelawas dan Teh Asiatica)
- Di ambil bersama madu menguatkan otot jantung.
- Pengubatan nabi.
- Penting dalam kolon cleansing.
- Lebatkan rambut.
- Jerawat dan kudis.
- Sawan.
- Gatal badan.
6. Shark Cartilage.
- Anti kanser
- Untuk sakit sendi
- Untuk masalah tulang belakang.
- Di ambil masa perut kosong
- Pagi 3 atau 6 kapsul
- Sinergi dengan Teh Instant
- Sumber kalsium
7. Jering
- Beta sitosterol dan stigmasterol (hipoglisemik).
- Benalu anti kanser.
- Ambil bersama Malac untuk elak tak lawas kencing.
- Kurangi makanan (beras putih, tepung, gula).
8. Omega 3
- Kuatkan ingatan (DHA).
- Kuatkan sistem kardiovaskular (EPA).
- Jantung dan darah.
- Sumber ikan (di sinergikan dengan herba untuk mendapatkan potensi 13 kali ganda).
- Soft gel (dewasa).
- Kapsul (anak-anak).
9. Garcinia (Stoma-K)
- Mengandungi HCA.
- Menekan perasaan lapar.
- Membakar lemak dalam tubuh.
- Bagi mengelakan gastrik diambil dengan madu.
- Khusus untuk obesiti.
10. Madu Lebah
- Sunnah nabi.
- Baik untuk bersihkan ginjal dan hati.
- Menjaga kesihatan kolon dan perut.
- Membersihkan darah.
- Bersifat pelawas (diminum dengan air panas).
- Gangrene
- Digunakan untuk tujuan detox.
11.Mengkunyit (Corcinium Plus)
- Resdung.
- Baik jika bersama madu (Air suam + buka kapsul).
- Ubat demam yang baik.
- Antibiotik.
- Mengelakkan menanah pada luka.
12.Tongkat Ali
- Tenaga.
- Kardiotonik.
- Antikanser.
- Baik untuk demam.
- Sakit sendi (Radix dan Herba Tuju Angin).
13. Lalang (Malac)
- Baik untuk ginjal (diuretik).
- Baik untuk demam (anti-piretik).
- Batu karang (sinergi dengan madu).
- Gout.
14.Bayam Duri (Health-B)
- Menambah darah (+ Spirulina).
- Diuretik.
- Anti ketumbuhan.
15.Roselle
- Vitamin C.
- Anti stress.
PENEMUAN BERASASKAN ILAHIAH UNTUK MENYIHATKAN AKAL
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa kajian saraf dilakukan, terdapat beberapa urat saraf dalam otak manusia ini yang tidak dimasuki darah, pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa akhirnya beliau menemui jawapan bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang itu bersolat ketika sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah SWT.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan solat maka otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ‘sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadian memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah ini.
JANGAN BIARKAN IMPIAN ANDA DICURI
Impian berfungsi menggerakkan kita bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup. Ramai orang gagal kerana membiarkan impian mereka dicuri. Pencuri impian adalah mereka yang cuba menyakinkan kita bahawa segala yang kita impikan tidak mungkin tercapai.
Pencuri impian terbahagi kepada 3:
1. Pencuri impian yang sayangkan kita
Mereka ini tergolong dalam kalangan yang sayangkan kita sehingga tidak sanggup melihat andainya kita menemui kegagalan. Mereka mahu kita melalui hidup dengan biasa tanpa sebarang cabaran. Niat mereka sebenarnya baik tetapi Cuma mereka kurang memahami betapa bermaknanya impian itu pada kita.
2. Pencuri impian yang dengki
Golongan ini adalah golongan yang negative dan gagal mencapai impian mereka. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan kita gagal
3. Pencuri impian yang kurang keyakinan
Golongan ini sentiasa membuat kita sangsi dengan apa yang kita impikan kerana mereka sendiri tidak yakin dengan kebolehan diri mereka sendiri. Adakalanya berada dalam kelompok kita sendiri.
BERJAYA SEBAGAI SEORANG USAHAWAN HERBALIS MLM
Kata-kata hikmat ini banyak berkait rapat dengan kerjaya sebagai usahawan yang amat menuntut pengorbanan yang besar dan semangat yang gigih dan jitu dalam mengharungi pelbagai cabaran yang melanda.
Berjaya sebagai usahawan membawa makna bahawa di hadapan kita tersedia rezeki yang banyak, segala kesenangan hidup dan penghormatan daripada orang lain. Pendek kata kita berjaya meletakkan diri kita sebagai insan yang dikatakan luar biasa. Apabila saya memilih untuk bersama HPA saya sesungguhnya melihat suatu peluang yang amat besar untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya yang amat kurang ditawarkan di tempat lain.
Selama 13 tahun bersama HPA, secara sedar dan tidak telah terbina satu kerjaya hebat dalam diri saya yang disebut sebagai ‘Usahawan Herbalis M.L.M. Pengalaman inilah yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca khususnya seluruh pengedar-pengedar HPA iaitu bagaimana untuk menjadi usahawan herbalis M.L.M yang berjaya.
Usahawan Herbalis M.L.M merujuk kepada tiga frasa utama, iaitu ‘usahawan’, ‘Herbalis’ dan ‘M.L.M’. Ini bermakna untuk berjaya dengan cemerlang anda harus membina sikap keusahawanan; mendalami ilmu berkaitan dengan dunia perubatan herba dan kemahiran yang bersesuaian dengannya; serta mempelajari dan memahami selok belok perniagaan M.L.M. Rangkuman tiga karektor utama tersebut akan menjadikan anda bukan sahaja sebagai manusia yang berjaya dalam lapangan hidup tetapi menjadikan diri anda sebagai insan yang amat bernilai kepada orang lain.
Siapakah yang dikatakan sebagai usahawan itu? Usahawan ialah orang mengusahakan sesuatu perniagaan bermula secara kecil-kecilan tetapi akhirnya menjadi secara besar-besaran. Seorang usahawan harus mempunyai kesabaran yang tinggi, sanggup menghadapi cabaran, bersedia untuk bersaing, bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat, semangat untuk berdikari serta yakin pada kemampuan diri sendiri.
Seorang herbalis pula adalah orang yang mempelajari dan mengamalkan herba. Beliau berpegang kepada falsafah herbalisme yang menyebut “biarkan makanan menjadi ubatmu, dan biarkan ubat yang menjadi makananmu”. Seorang herbalis bukan sekadar menjual produk tetapi menjual ‘product knowledge’ kepada orang. Pengetahuan yang mendalam dalam bidang herba akan membantunya untuk mengesyorkan herba sebagai amalan orang lain. Di samping itu seorang herbalis juga memulakan amalan herba kepada diri dan orang terdekat dengannya. Beliau yakin sepenuhnya dengan perubatan herba yang dibawa. Keyakinan inilah yang akan terpancar kepada orang lain. Seorang herbalis mempelajari dan mengamalkan disiplin perubatan herba yang sebenar. Beliau mengesyorkan amalan herba secara sistematis dan mampu bertindak sebagai ahli perunding kesihatan yang mahir. Seorang herbalis sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan segala kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang perawat yang cemerlang. Inilah yang merupakan matlamat HPA untuk melahirkan individu herbalis yang benar-benar memenuhi keperluan masyarakat hari ini.
Seorang ahli M.L.M pula merupakan individu yang berjaya dalam karier peniagaan jualan langsung pelbagai aras. Beliau sedar bahawa kekuatan M.L.M bergantung kepada keupayaan membina jaringan pengedar yang kukuh. M.L.M merupakan suatu system perkongsian untuk mencapai matlamat yang sama.
Seorang ahli M.L.M harus memahami kerja-kerja pokok yang harus dilakukan dalam kerjaya perniagaannya. Dalam M.L.M, kita bukan sekadar menjual tetapi turut menawarkan peluang menjadi usahawan kepada orang lain. Kita perlu berusaha untuk menjayakan orang lain dalam proses untuk menjayakan diri sendiri. Kemampuan bergerak secara bersama dan bersepadu ibarat anai-anai yang membina busut akan menghasilkan pulangan yang tidak ternilai harganya bagi semua. Perniagaan ini akan menjadi tempat pergantungan bagi semua sebagai tempat untuk mencari rezeki dan kepuasan dalam hidup.
Dalam keluaran yang akan datang saya akan berkongsi lebih banyak maklumat dan pengalaman berkait dengan dunia keusahawanan M.L.M dengan para usahawan HPA. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini menjadi panduan yang berguna bagi mereka yang ingin menjadi Usahawan Herbalis M.L.M yang berjaya.
Sekian, bersambung pada siri yang akan datang…wassalam.
Selasa, Mac 09, 2010
SEHENING JERNIHNYA AIR TASIK
DI BAWAH DAKAPAN CAHAYA SENJA
YANG BERSINAR
MEMBIAS RONA-RONA KEINDAHAN ALAM
MERAWAT KESAYUAN HATI
MENGHAMBAT DUKA YANG TERPENDAM
BUAT INSAN YANG DIUJI TUHAN
KEMBARA HERBALIS BERSAMA TITISAN BAKTI
TIADALAH MEMILIH AKAN BESAR KECIL HABUAN
KERANA ITU BUKANLAH SATU-SATUNYA TUJUAN
SEKADAR INGIN MENJADI HAMBA TUHAN
YANG DICINTAI-NYA
Khamis, Disember 03, 2009
Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w menggesa supaya umatnya membaca, kerana dengan membaca banyak ilmu akan diketahui. Membaca dapat menjana minda untuk berfikir, memerhati dan menginsafi diri sebagai hamba Allah s.w.t. sebagaimana mafhum firman Allah s.w.t :
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang
menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang
Maha Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan
perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa
yang tidak diketahui.”
Surah al-Alaq : ayat 1-5
“mempelajari satu bab daripada ilmu adalah lebih baik daripada sembahyang (sunat) 100 rakaat”(hadis)
“sesiapa yang menginginkan dunia(kebahagian dunia),maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu,Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya,maka ia pun harus berilmu”(hadis)
Mas’ab bin Zubir berkata:
“Belajarlah,kerana dengan belajar itu,kamu akan menjadi elok bila kamu tidak mempunyai rupa yang elok dan kamu akan punya kekayaan.Ilmu itu adalah hiasan bagi orang yang tidak mempunyai perhiasan dan harta bagi yang tidak mempunyai harta”(hadis)
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sebaik-baik sedekah ialah mempelajari seseorang Islam itu Ilmu ,kemudian mengajarkan ilmunya itu kepada saudara Islamnya”
(Riwayat Ibnu Majah)
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila seorang anak Adam telah mati, maka
terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara
yang dapat menghubungkan pahalanya, iaitu anak
yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang
dimanfaatkan.”
Riwayat Muslim
Luqman al-Hakim pernah menasihati anak-anaknya :
“Wahai anakku sayang! Kalau sewaktu kecil
engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu
sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa
kelak (hari tua) kamu akan memetik buahnya dan
kamu akan menikmatinya.”
Pelajarilah ilmu,kerana……..
• mempelajarinya kita akan takut kepada Allah
• menuntutnya adalah ibadat
• membincangkannya adalah bertasbih
• mencarinya adalah berjihad
• mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah
• memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada Allah
Kerana ilmulah…………….
• petunjuk kepada Allah antara yang halal dan haram
• menara kepada penghuni syurga
• teman di saat kesunyian
• rakan dimasa keseorangan
• teman berbicara di waktu khulwa
• petunjuk kepada yang membawa bahagia dan membawa kecelakaan
• senjata dalam menghadapi musuh
• perhiasan di saat bersama teman-teman
Dengan menguasai ilmu
• Allah mengangkat tinggi kedudukan banyak kaum
• Allah ad jadikan mereka pemimpin yang tegak
• Jejak langkah mereka diikuti
• Perbuatan mereka dicontohi dan;
• Pendapat mereka dijadikan pemutus
Para Malaikat………….
• Terlalu kepingin bertemankan mereka
• Sentiasa mengusapkan mereka dengan sayapnya
• Setiap benda lembap kering,ikan,dan binatang lauy,binatang buas di darat dan binatang jinak kesemuanya memohon agar mereka diampunkan
Kerana ilmu……………
• Menghidupkan hati dari kejahilan
• Lampu bagi penglihatan di saat kelam
Dengan ilmu……………..
• Hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang terpilih yang mempunyai darjat yang tinggi di dunia dan akhirat
Bagi seseorang muslim ,soal menuntut ilmu pengetahuan mesti menjadi agenda utama dalam kehidupannya kerana agama Islam begitu menitikberatkan ilmu.Imam Al-Ghazali membuat suatu penganalisaan yang amat bijak tentang kehebatan manusia menyatakan:
“Jika manusia itu merasa hebat(besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah.Jika manusia merasa kuat makan,sebenarnya besar lagi perut lembu.Jika manusia merasa bangga dengan keberaniannya sebenarnya berani lagi binatang buas (seperti singa atau harimau).Jika manusia merasa bangga dengan tahan lasaknya ,sebenarnya tahan lasak lagi unta.Jika manusia merasa bangga dengan kecantikkanya ,sebenarnya cantik lagi buruk merak……Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya”
Apa yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa kegagahan atau kehebatan manusia kerana ilmu pengetahuannya bukan semata-mata saiz tubuh badan seseorang itu ,kecantikan paras rupa manusia itu dan pelbagai lagi.
Saidina Ali k.w. telah menjelaskan pandangan beliau ketika ditanya
mengenai ilmu :
“Ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalah
warisan para nabi, manakala harta pula warisan
Qarun dan Fir’aun. Ilmu boleh menjaga diri kamu,
sedangkan harta, kamu yang menjaganya. Orang
yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman,
sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
Ilmu pengetahuan itu akan bertambah jika
diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika
dibelanjakan. Pemilik ilmu pengetahuan sentiasa
dihormati, sedangkan pemilik harta akan dikenali
sebagai si kedekut. Pemilik ilmu akan memberi
syafaat, pemilik harta akan dihisab. Biarpun masa
berlalu namun ilmu tidak lapuk ditelan zaman,
tetapi harta itu semakin lama semakin usang, ilmu
pengetahuan dapat menyinari hati, tetapi harta mengeraskan hati. Orang berilmu mengakui dirinya sebagai hamba Allah, sedangkan orang berharta
mengakui dirinya pemilik.”
Dalam memperkatakan tentang kelebihan orang yang menuntut ilmu,
Muaz bin Jabal r.a. telah berkata :
“Pelajarilah ilmu, kerana mempelajarinya kerana
Allah s.w.t. adalah tanda takut kepadaNya.
Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingatinya
adalah tasbih, menyelidikinya adalah jihad,
mengajarkannya kepada orang yang belum
mengetahui adalah sedekah, memberikan kepada
ahlinya adalah kebaktian sebab ilmu itu jalan untuk
ke syurga. Dialah teman ketika keseorangan dan
penghibur hati ketika kesepian. Dialah penunjuk
jalan kepada agama dan pendorong kesabaran pada
masa kesusahan. Dia menjadi senjata ketika
menghadapi musuh. Allah mengangkat martabat
kaum-kaum yang berilmu pengetahuan, sehingga
dijadikan pemimpin yang dapat diikuti oleh orang
ramai. Orang yang berilmu pengetahuan menjadi
model utama dalam melakukan amalan kebajikan.
Para malaikat serta makhluk di darat dan di air
sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Ilmu
dapat menghidupkan hati dari kebodohan, menjadi
pelita ketika dalam kegelapan, dapat mengenal yang
halal dan yang haram. Ilmu sebagai penunjuk amal,
sedang amal tetap menjadi pengikutnya.
Berbahagialah orang yang menerima ilham dari
ilmu dan celakalah orang yang terhalang dari ilmu
pengetahuan.”
KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP MLM SYARIAH
MENGUASAI 3 FAKTOR KEKAYAAN
KEKAYAAN EKONOMI
KEKAYAAN INTELEKTUAL (ILMU DAN KEMAHIRAN)
KEKAYAAN SPIRITUAL (JIWA DAN ROHANI)
Prinsip umum Muamalat ISLAM
Prinsip kebenaran (betul menurut syara’)
Prinsip Amanah (akauntabiliti kepada Allah)
Prinsip Keikhlasan (niat kerana Allah)
Prinsip Keadilan (kena pada tempatnya)
Prinsip Persaudaraan (semua manusia bersaudara – damai dan harmoni)
Prinsip Pengetahuan (ilmu sebagai teras)
Kepentingan perniagaan
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah :198, bermaksud;
“Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu.”
Hadis Rasulullah s.a.w. antaranya;
“Peniaga yang jujur dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para Nabi, orang-orang salih dan para syuhada.”
NIAT YANG TULUS (IKHLAS)
• MENCARI KEBAIKAN BUAT DIRINYA DENGAN MEMELIHARA DIRI DARI YANG HARAM SERTA MEMELIHARA DIRI DARI SIFAT SUKA MEMINTA-MINTA YANG TIDAK BAIK
• NIAT UNTUK MENGIKAT HUBUNGAN SILATURRAHMI ATAU PERSAUDARAAN
• MENCARI KEBAIKAN UNTUK ORANG LAIN SEPERTI MEMBANGUNKAN EKONOMI UMAT DI MASA SEKARANG DAN MASA DEPAN SERTA MEMBEBASKAN UMAT DARI BELENGGU EKONOMI UMAT LAIN
BUDI PEKERTI YANG LUHUR
• JUJUR
• AMANAH
• MENEPATI JANJI
• MENUNAIKAN HUTANG DAN MEMBAYAR HUTANG DENGAN BAIK
• MEMBERI KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG KESULITAN MEMBAYAR HUTANGNYA, HINDARI SIKAP SUKA MENANGGUHKAN HUTANGNYA, MENJAUHI PENIPUAN, MANIPULASI DAN SEBAGAINYA
USAHA YANG HALAL
• BEKERJA DALAM HAL-HAL YANG BAIK
• BENCI KEPADA USAHA MENCARI SUMBER YANG HARAM (SKIM CEPAT KAYA, PIRAMID, BINARY DSBNYA
• BAGINYA TIDAK AKAN SAMA ANTARA YANG BAIK DENGAN YANG BURUK, MESKIPUN HAL YANG BURUK ITU KELIHATAN MENARIK HATINYA KERANA BESAR KEUNTUNGANNYA
• HANYA MELAKUKAN USAHA SEBATAS YANG DIBOLEHKAN OLEH ALLAH DAN RASUL-NYA
Dalam pada itu, dapat pula satu ilmu perawatan baru daripada Tuan Haji. Kebetulan anak gadis saya, Nur Ernie Nazirah !4 tahun sedang sakit sengugut dan herba Sengugut tak dibawanya pula. Tuan Hj yang begitu simpati dengan segera mencarikan sedikit serbuk teh yang direndam dalam air panas dan dicampur dengan sedikit kapur makan (kapur sireh) dan diberi minum. Saya taajub sekali dengan izin Allah SWT anak gadis saya yang pada asalnya sedang tangis menahan sakit mampu tersenyum ceria hanya dalam masa tak sampaipun 10 minit.
Dalam pertemuan itu saya sempat juga berbincang dengan beliau tentang perancangan HPA di masa hadapan. Beliau begitu jujur dan bersungguh-sungguh ingin melihat HPA membangunkan usahawannya tanpa mengharapkan modal secara pinjaman. Malah beliau mengajukan keyakinan bahawa masalah modal bukanlah penghalang kepada kejayaan dalam perniagaan. Yang penting kemahuan yang kuat untuk berjaya. Saya juga sempat berbincang tentang usaha untuk memajukan institusi pendidikan HPA hingga ke taraf Universiti. Insya Allah, institusi pendidikan yang bakal dimajukan HPA tidak akan sama seperti institusi pendidikan lain kerana matlamat kita untuk melahirkan insan-insan yang benar-benar mampu berdikari dan mempunyai semangat juang yang tinggi berasaskan Jihad agama dan ekonomi.
Alhamdulillah, tanggal 30 Nov 09 berakhirlah pengajian saya dalam bidang Master in Muamalah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Selama 2 tahun pengajian, banyak ilmu dan pengalaman yang amat berharga yang dapat saya kutip dan dapat meningkatkan lagi kualiti diri saya sebagai manusia serta dapat juga saya menafaatkan untuk dikongsikan kepada semuanya melalui program-program ceramah dan kursus kepimpinan HPA.
Menariknya pengajian yang saya ikuti menggabungkan ilmu-ilmu pengurusan, kewangan, pemasaran, kepimpinan dan etika pengurusan berdasarkan perspektif Islam. Saya berpeluang mendalami ilmu dalam bidang Qawaid Fiqhiyyah (Kaedah-kaedah Fiqh), Usul Fiqh (muamalah), Fiqh al-Muamalah al-Maliyyah (fiqh kehartaan) dan Fiqh al-Muamalah al-Muasarah (berkaitan bentuk-bentuk ekonomi dan system kewangan semasa) termasuklah kajian atas MLM Syariah.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi berkat sokongan keluarga, pengurusan HPA serta semua barisan pemimpin HPA serta rakan taulan saya Berjaya mendapat keputusan cemerlang atas keseluruhan 13 subjek yang dikuti iaitu 10 A dan 3 B.
Sepanjang mengikuti pengajian yang begitu sistematik, banyak cetusan idea dan ilham yang datang kepada diri saya yang sudah tentu dapat dimenafaatkan untuk memajukan dan memantapkan lagi perniagaan HPA kita ini. Terasa diri begitu banyak kekurangan dan masih banyak rupanya yang perlu dipelajari oleh insan kerdil ini demi menghadapi pelbagai cabaran di masa hadapan. Insya Allah, segala-galanya akan saya coretkan buat tatapan dan renungan bersama bagi tuan-tuan dan saudara saudari yang sudi membaca coretan pengalaman saya ini.
Rabu, Januari 28, 2009
KELEBIHAN MLM HPA
Adakah MLM HPA memenuhi prinsip yang dietapkam dalam hukum Shariah
Berdasarkan pengalaman saya selama hampir 13 tahun sebagai usahahawan MLM HPA, saya mendapati bahawa HPA merupakan sebauah syarikat yang benar-benar berusaha untuk memenuhi prinsip hukum syariah dalam perniagaan MLM. Banyak fakta yang dapat dikemukakan di sini untuk diteliti oleh semua pihak:
- pengurusan
HPA mewujudkan sistem pengurusan yang berprinsipkan bahawa; ”pekerja yang bertaqwa, Majikannya adalah Allah s.w.t”. ini bermaksud bahawa setiap pekerja harus menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah serta menganggap bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah kerana Allah semata-mata. Pekerja yang rajin dan jujur serta mematuhi perintah Allah akan diutamakan untuk kenaikan pangkat dan insentif.
- Bahan mentah
HPA memastikan agar bahan mentah diperolehi daripada sumber yang bersih lagi halal. Herba-herba yang ditanam di ladang HPA bebas daripada bahan kimia. Penternakan ayam, lembu dan kambing dijalankan secara organik dengan tidak menggunakan suntikan hormon tumbesaran, dan makanan yang bersih dan tidak bercampur bahan antibiotik. Dalam industri pembuatan minuman, HPA menggunakan bahan pemanis herba.
- produk
produk yang dihasillkan dipastikan mengikut kualiti dan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa iaitu di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia, memenuhi spesifikasi SIRIM dan mendapat sijil halal JAKIM.
Produk herba menggunakan tumbuh-tumbuhan herba yang terbukti selamat dan mujarab baik dari segi penjagaan kesihatan maupun untuk tujuan perawatan penyakit. HPA sentiasa mengadakan kursus pengetahuan produk secara berterusan bagi melahirkan usahawan herbalis yang berilmu.
Ahli –ahli didorong untuk menggunakan produk terlebih dahulu sebelum mengesyorkannya kepada pelanggannya.
- harga produk
harga setiap produk HPA terbukti murah dan berpatutan. HPA tidak mengamalkan dasar penindasan harga malah sebarang penetapan harga dibincangkan terlebih dahulu dengan ahli-ahlinya supaya dapat diterima oleh semua pihak. Malah harga produk HPA di pasaran lebih murah jika dibandingkan dengan sesetengah produk single level di pasaran.
Sebagai contoh seunit ubat gigi HPA Cuma berharga 5.00 berbanding ubat gigi colgate pada berat yang sama. Begitu juga sebotol minyak herba But-But Cuma berharga 10.00 sahaja manakala sebotol air mineral Cuma 1.20 sahaja, semua produk tersebut pula diberikan NM tertentu bagi setiap unit barangan.
- pelan pemasaran
sistem plan pemasaran HPA berteraskan prinsip Ihsan iaitu bebas dari penindasan, perangkap dan penipuan. Setiap insentif berserta syaratnya dibentangkan secara telus dan jelas. Pengiraan bonus bulanan dilakukan secara sistematik dan jelas. Setiap ahli menerima penyata bonus setiap bulan dan sekiranya berlaku sebarang keraguan mereka boleh memohon semakan semula dengan bahagian MIS.
Syarat maintain bulanan adalah rendah iaitu 100 NM sahaja dan tiada syarat jualan kumpulan dikenakan untuk melayakkan ahli menerima bonus jualan kumpulan seperti yang dikenakan oleh banyak syarikat MLM lain. Pembayaran bonus dibuat berdasarkan pencapaian jualan setiap individu dan kumpulannya tanpa sebarang syarat tambahan.
Dalam HPA adalah menjadi kebiasaan apabila bonus yang diperolehi oleh seseorang ahli melebihi daripada bonus up-linenya. Ini kerana sistem pemberian bonus dikira berdasarkan kadar usaha bukan semata-mata atas jualan kumpulan sahaja.
- tanggungjawab leader atau kepimpinan
bagi memastikan leader-leader HPA benar-benar menjalankan peranan dan tanggungjawabnya membantu jaringan masing-masing HPA mewujudkan barisan pemimpin yang digelar Pengarah Jati Setia (PJS). Mereka dipilih dari kalangan pemimpin yang benar-benar aktif, setia dan sanggup memberikan khidmat kepada semua ahli-ahli HPA yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dalam perniagaan MLM. Malah mana-mana PJS yang didapati mengabaikan tanggungjawabnya boleh digugurkan dan hilang kelayakan menerima bonus dan insentif PJS.
- top-up sistem
HPA tidak mengamalkan sama sekali apa yang dikatakan top-up sales seperti yang banyak dilakukan oleh syarikat MLM lain. Top-up sales adalah syarat belian tambahan yang perlu dilakukan oleh seseorang ahli MLM untuk melayakkan ia menerima bonus pada bulan berkenaan sekiranya ia tidak berjaya memenuhi syarat jualan kumpulan yang tertentu. Pada tarikh tertentu kebiasaannya diantara 11 -13 hb pada setiap bulan ahli-ahli akan dimaklumkan oleh pihak ibu pejabat sama ada jualan mereka pada bulan tersebut melepasi syarat kelayakan atau tidak. Sekiranya tidak layak, mereka perlu membuat belian tambahan pada hari itu juga berdasarkan jumlah yang ditetapkan.
Ini satu bentuk penindasan dan penganiayaan oleh pihak syarikat terhadap ahli-ahlinya. Akibat daripadanya menyebabkan ramai ahli yang terpaksa mengeluarkan duit simpanan sendiri atau terpaksa berhutang atau bergolok gadai untuk mencukupkan syarat jualan yang dikenakan. Semakin tinggi pangkat seseorang ahli semakin tinggi tekanan yang dikenakan. Ramai ahli MLM yang dikesan mengalami kerugian yang besar dan ada yang bankrup sama sekali.
- tabung kereta
HPA tidak melaksanakan skim tabung kereta kerana ia juga merupakan satu bentuk penipuan dan penganiayaan terhadap ahli-ahlinya. Melalui skim ini pengedar dijanjikan kereta mewah sekiranya dapat mencapai pangkat dan syarat jualan tertentu. Ini merupakan satu helah yang tersembunyi untuk memerangkap ahli-ahlinya untuk terpaksa meneruskan bisnes walaupun mengalami kerugian yang banyak dan berterusan. Ahli-ahli dikenakan syarat jualan bulanan yang sangat tinggi untuk melayakkan bayaran bulanan kereta dibayar oleh pihak syarikat. Sekiranya tidak mereka terpaksa membayar ansuran bulanan itu sendiri.
Ini memberikan tekanan yang hebat kepada ahli MLM tersebut sehingga berlaku krisis ekonomi dan rumah tangga. Semuanya dilakukan oleh syarikat MLM tersebut secara halus untuk mengaut keuntungan yang besar.
- tabung perlindungan Takaful
bagi melidungi ahli-ahlinya daripada risiko ditimpa kemalangan, kecederaan atau kematian, HPA mewujudkan skim perlindungan Insuran berkelompok. Ahli-ahlinya tidak perlu membayar premium bulanan sebaliknya cukup dengan memenuhi syarat 200 NM setiap bulan. Lain –lain syarikat MLM biasanya tidak menyediakan insentif ini. Jika ada pun hanya di kalangan leader atasan sahaja.
Kesimpulannya berdasarkan fakta di atas dapat dikatakan bahawa HPA adalah satu-satunya syarikat MLM di Malaysia yang berusaha melaksanakan sistem MLM berpandukan prinsip Shariah. Hasil daripada perjuangan syarikat untuk mengeluar dan memasarkan produk halal melalui sistem MLM yang adil, syarikat HPA kini telah muncul sebagai syarikat MLM yang cemerlang dan melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Ramai leader dari syarikat MLM lain yang telah berhijrah ke MLM HPA selepas tertarik dengan sistem dan kaedah shariah yang diguna pakai oleh syarikat HPA. HPA kini juga telah berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat MLM shariah di bumi Indonesia.
Ahad, Januari 25, 2009
CATATAN BUAT AHLI-AHLI BARU HPA - BAGAIMANA HENDAK BERMULA
Alangkah manisnya jika dapat berjaya seperti leader 2 yang lain dengan memperoleh pendapatan 5 angka sebulan, lebih2 lagi jika dapat menduduki barisan kepimpinan HPA sebagai PJS yang merupakan tonggak kepada perjuangan HPA dalam dunia keusahawan MLM (S). Hakikatnya untuk menikmati kemanisan dalam hidup kepahitan itu tidak boleh ditolak. Kepahitan itu sendiri tidak boleh dianggap sesuatu yang menyiksakan seperti mana seorang pesakit perlu minum ubat rebusan yang pahit untuk menyembuhkan penyakitnya. pesakit itu sendiri harus ingat dan sedar bahawa selama ini penyakitnya merebak disebabkan sekian lama dia hanya mengambil benda2 yang manis sahaja. untuk menguatkan kembali tubuh badannya pesakit tidak boleh memaksa dirinya menelan penawar yang pahit tetapi kena mengubah 'mindset'nya bahawa kepahitan itu adalah penawar kepada dirinya, kepahitan itu adalah jalan menuju kebahagiaan, kepahitan itu adalah tanda keredhaan dan kepahitan itu adalah harus menjadi amalan kebiasaan.
Apabila kita mengambil penawar yang pahit, sebelum meneguknya katakan kepada diri kita, ' saya suka minuman ini kerana segala kelebihannya mengatasi sifat pahitnya, daripada saya minum air yang manis tetapi merosakkan lebih baik saya minum penawar yang pahit tetapi menyihatkan." Jadi anda tidak memaksa diri anda menelan kepahitan tetapi anda kena melatih diri anda untuk membiasakan diri dengan kepahitan. lebih2 lagi jika anda dapat menukar kepahitan itu sebagai sebuah cabaran yang menyeronokkan (maaf kepada pembaca dari Indonesia- mungkin pada anda lebih tepat sebagai cabaran yang menghiburkan).
buat semua baca dan fahami dahulu muqaddimah saya ini sebelum kita pergi lebih jauh untuk mendaki ke puncak kegemilangan... Insya Allah..