Ahad, Januari 25, 2009

CATATAN BUAT AHLI-AHLI BARU HPA - BAGAIMANA HENDAK BERMULA

INTRO : buat semua ahli-ahli dan bakal usahawan HPA, sekalung tahniah buat anda semua yang telah membuat pilihan dengan sepenuh jiwa raga untuk berjuang bersama HPA. Semoga jalan yang bakal anda lalui dipermudahkan Allah s.w.t. Saya amat memahami akan sebab-sebab mengapa saudara 2 memilih untuk bersama HPA. Sudah tentu bermula dari kehendak untuk memenuhi keperluan diri bagi menjadi seorang usahawan berjaya sepertimana usahawan2 atau leader2 HPA yang lain.

Alangkah manisnya jika dapat berjaya seperti leader 2 yang lain dengan memperoleh pendapatan 5 angka sebulan, lebih2 lagi jika dapat menduduki barisan kepimpinan HPA sebagai PJS yang merupakan tonggak kepada perjuangan HPA dalam dunia keusahawan MLM (S). Hakikatnya untuk menikmati kemanisan dalam hidup kepahitan itu tidak boleh ditolak. Kepahitan itu sendiri tidak boleh dianggap sesuatu yang menyiksakan seperti mana seorang pesakit perlu minum ubat rebusan yang pahit untuk menyembuhkan penyakitnya. pesakit itu sendiri harus ingat dan sedar bahawa selama ini penyakitnya merebak disebabkan sekian lama dia hanya mengambil benda2 yang manis sahaja. untuk menguatkan kembali tubuh badannya pesakit tidak boleh memaksa dirinya menelan penawar yang pahit tetapi kena mengubah 'mindset'nya bahawa kepahitan itu adalah penawar kepada dirinya, kepahitan itu adalah jalan menuju kebahagiaan, kepahitan itu adalah tanda keredhaan dan kepahitan itu adalah harus menjadi amalan kebiasaan.
Apabila kita mengambil penawar yang pahit, sebelum meneguknya katakan kepada diri kita, ' saya suka minuman ini kerana segala kelebihannya mengatasi sifat pahitnya, daripada saya minum air yang manis tetapi merosakkan lebih baik saya minum penawar yang pahit tetapi menyihatkan." Jadi anda tidak memaksa diri anda menelan kepahitan tetapi anda kena melatih diri anda untuk membiasakan diri dengan kepahitan. lebih2 lagi jika anda dapat menukar kepahitan itu sebagai sebuah cabaran yang menyeronokkan (maaf kepada pembaca dari Indonesia- mungkin pada anda lebih tepat sebagai cabaran yang menghiburkan).
buat semua baca dan fahami dahulu muqaddimah saya ini sebelum kita pergi lebih jauh untuk mendaki ke puncak kegemilangan... Insya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan