Ahad, Januari 18, 2009

SALAM BUAT SEMUA YANG MENGIKUTI BLOG SAYA. INSYA ALLAH SAYA SEDANG MEMPERSIAPKAN PENULISAN BERHUBUNG KONSEP MLM YANG BERASASKAN SHARIAH SEKALIGUS MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN DAN ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH UST HJ ZAHARUDDIN B HJ ABD RAHMAN. SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA BELIAU KERANA BANYAK MENGUTARAKAN PANDANGAN BERHUBUNG ISU-ISU MLM INI UNTUK PANDUAN KITA BERSAMA. PADA SAYA, MANA-MANA YANG BAIK ITU TIDAK HARUS KITA KETEPIKAN DAN MANA-MANA YANG DIRASAKAN KURANG TEPAT SAMA-SAMALAH KITA PERBAIKI. PADA PENDAPAT SAYA SBBELUM KITA MEMUTUSKAN SESUATU PERKARA ATAU AMALAN PERNIAGAAN ITU SAMA ADA HALAL ATAU TIDAK, HARUS DIFAHAMI DULU SESEBUAH SISTEM ITU SECARA MENYELURUH, BUKAN SEKADAR MENILAI SECARA LUARAN ATAU MELALUI SATU DUA KES YANG DITEMPUHI SAHAJA.

Memandangkan dunia perniagaan MLM sudah merupakan sistem perniagaan yang begitu meluas dalam konteks dunia perniagaan hari ini, saya amat berharap agar ilmuan Islam dapat mengkaji secara telus dan bijaksana dari sudut hukum perniagaan ini sama ada ia berasaskan shariah sebelum membuat kesimpulan atau menjatuhkan hukuman dengan mudah. Saya berharap para ilmuan dan ulama’ tidak takut menyatakan kebenaran -bersandarkan ilmu dan kefahaman yang jelas.

Di sini saya ingin memberikan pandangan serta mengupas penulisan yang diutarakan oleh Ustadz Hj zahiruddin Hj Abd Rahman berhubung halal haramnya MLM. Beberapa petikan penulisan beliau akan saya utarakan dan disusuli dengan komen dan kupasan yang ikhlas dan jujur.

(KOMEN : amat malang sekali apabila penulis gagal membezakan sistem piramid dengan sistem MLM. Di sini saya tidak mahu memberi ulasan yang lengkap ke atas sistem piramid dan skim cepat kaya yang lain yang pada hemat saya dan sudah disepakati oleh Jawatankuasa Fatwa bahawa amalan sebegini adalah jelas haram. Pada pendapat saya yang harus dinilai adalah kaedah sistem perniagaan MLM itu sendiri sama ada ianya haram atau halal dari sudut syara’.

Seperti dunia perniagaan dan kewangan Islam yang lain contohnya industri, perniagaan, perkhidmatan, perbankan, insurans, pelaburan dan pajak gadai yang berasaskan kepada sistem konvensional dan Islamik, begitu juga sistem perniagaan MLM.

Sistem perniagaan MLM terbahagi kepada dua; iaitu MLM konvensional dan MLM Shariah. Persoalannya apakah ciri-ciri, prinsip-prinsip dan syarat-syarat yang menentukan sama ada ia berasaskan Shariah atau tidak. Sebenarnya Islam sudah mempunyai garis-garis yang jelas berhubung dengan kaedah-kaedah dan hukum-hukum perniagaan yang menepati shariah. Islam tidak meletakkan had atau batasan yang terlalu ketat atau rigid dalam persoalan hukum di mana prinsip Ilaihiyyah dan Insaniah itu diambilkira. Contohnya, hukum memakan babi itu adalah haram tetapi ia diharuskan dalam keadaan darurat.

Jadi untuk menentukan sama ada sesebuah perniagaan MLM itu haram atau melanggari prinsip hukum syara’ atau tidak, kita harus kembali kepada kaedah-kaedah dalam usul fiqh berhubung dengan jualan dan kontrak jual beli dan kaedah pembayaran dalam Islam.

di sini saya amat bersetuju dengan pandangan penulis bahawa ramai di kalangan ustadz dan ustazah yang terjerumus dalam permainan skim cepat kaya dan melibatkan diri perniagaan MLM Konvensional yang mempunyai unsur penipuan, penindasan dan keraguan. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada saya akan membantu umat Islam dari aspek membezakan antara sistem MLM konvensional dan sistem MLM Shariah.

(KOMEN : takrif yang diberikan oleh penulis adalah tentang MLM Konvensional sahaja. Di sini saya dengan sukacita dan ikhlas ingin memberikan takrif MLM Shariah seperti berikut. Semoga ianya dapat digunapakai di samping diperelokkan lagi;

Pengertian MLM SHARIAH

"...Satu sistem perniagaan pelbagai aras yang dilakukan secara berjemaah atau berkumpulan melalui gerak kerja yang tertentu dengan matlamat untuk memperoleh hasil dan faedah bersama kepada semua ahli atau pengedar di dalam jaringan tersebut tidak kira di bahagian atas maupun bawah dengan berpandukan prinsip-prinsip muamalah Islam yang berasaskan kepada prinsip ihsan dan saling bantu-membantu ke arah kebaikan.”

Yang dimaksudkan sebagai gerak kerja yang tertentu itu meliputi 5 perkara secara umum; iaitu,

  1. menghadiri kelas
  2. mengguna
  3. menjual
  4. manaja
  5. memberi khidmat/membimbing jaringan

Dalam perniagaan MLM Shariah HPA terdapat ’M’ yang ke-6 iaitu ’Memberi kaunseling dan merawat’ memandangkan perniagaan HPA berteraskan aspek perubatan herba.

sistem MLM Shariah boleh menggunakan pakai hukum dan akad Jia’lah dalam kaedah pembayaran bonus kepada pengedar atau usahawan MLM. (saya akan menghuraikan hal ini dalam bahagian yang seterusnya). Sistem MLM shariah ini sekiranya dapat ditegakkan dengan azam dan jihad yang teguh sudah tentu dapat memberi menafaat yang besar kepada seluruh umat Islam. Cuba lihat berapa umat Islam yang menjadi mangsa kepada sistem kapitalis dan konvensional yang sarat dengan penipuan, penindasan dan keraguan!!

Walaupun kedua-dua sistem MLM (Konvensional dan Shariah) kelihatan menjalankan aktiviti yang sama tetapi MLM Shariah mengambil pendekatan yang agak berbeza dalam melaksanakan rukun kerja 5 M tersebut.

  1. menghadiri kelas

MLM (K) mewajibkan ahlinya hadir ke meeting syarikat dengan tujuan untuk melahirkan ahli yang aktif dan membawa lebih ramai tajaan baru ke majlis tersebut. Ahli atau bakal ahli akan dipastikan hadir ke meeting syarikat dengan apa cara sekalipun termasuk ada yang hadir kerana terpaksa ataupun tertipu. Perkara yang disampaikan dalam meeting syarikat adalah bersifat stereotype dan sama sahaja. Gimik sangat memainkan peranan dalam meeting tersebut di mana perkara yang ditekankan adalah soal wang atau bonus, kereta mewah, rumah banglo dan apa jua lambang kekayaan. Semua ini seolah-olah menjadi umpan kepada ahli baru atau bakal ahli agar bergiat aktif. Mereka yang menolak tawaran dianggap seolah-olah menolak tuah dan tiada masa depan. Majlis dipenuhi dengan pelbagai cerita kejayaan berdasarkan kebendaan. Peserta yang hadir pula duduk bercampur baur lelaki perempuan.

MLM (S) menggalakkan kehadiran ahli-ahlinya secara suka rela dengan niat untuk menambahkan ilmu dan membina jati diri dalam perjuangan. Adab-adab agama diterapkan di mana wanita dan lelaki diasingkan, majlis dimulakan dengan membaca ummul-Quran dan ditangguh dengan dengan bacaan surah al-Ash dan tasbih kafarah, ceramah diselangselikan dengan nasihat-nasihat dan motivasi agama. Bagi ahli wanita yang hendak hadir ke kelas atau program syarikat perlu mendapat izin dan restu suami terlebih dahulu. Ahli juga digalakkan hadir suami-isteri. Ahlu-ahli dinasihatkan tidak pulang ke rumah terlalu lewat malam kerana MLM terkenal dengan ungkapan ”meniaga lewat malam”. Unsur hiburan yang bercanggah dengan Islam dilarang sama sekali. Nasyid diizinkan untuk memberikan semangat dan kesedaran. Ahli dinasihatkan menutup aurat demi menjaga maruah diri dan agama. Kejayaan yang ditekankan adalah kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

  1. menjual produk

sebenarnya dalam kebanyakan sistem MLM (K) apa yang dijual pada hakikatnya bukanlah produk tetapi sistem. Dalam banyak MLM (K) produk tidak penting tetapi bagaimana untuk memanipulasikan produk untuk mendapat bonus yang banyak itu yang lebih penting. Ahli dipaksa membeli tanpa sebab yang berasaskan penggunaan sebaliknya mereka dipujuk secara halus, ditekan dan dipaksa membeli sekian banyak untuk mencukupkan target jualan orang di atas. Ada sebuah syarikat MLM (K) contohnya yang memaksa secara halus dan mempedaya ahli baru untuk membeli sepuluh buah penapis air atau set pakaian dalam wanita yang bernilai lebih RM 20 000.00. untuk memastikan strategi mereka berhasil mereka sanggup menolong ahli-ahli baru untuk membuat pinjaman bank yang kononnya atas tujuan modal perniagaan. Sebab itu kumpulan sasaran mereka adalah golongan kakitangan kerajaan yang mudah untuk mendapat kelulusan pinjaman bank. Bagi ahli-ahli baru yang tiada atau kurang pengalaman dalam selok-belok perniagaan MLM sudah tentu mudah terpedaya dan mengikut sahaja apa yang disuruh oleh orang atasan mereka. Ramai yang akhirnya merasa tertipu dan menyesal tetapi sudah terperangkap dengan hutang dan sebagainya. Selain itu ramai yang menjadi mangsa terdiri dari kalangan warga emas, berpencen, dan golongan yang baru diberhentikan kerja kerana golongan ini mendapat wang pampasan yang banyak dan tercari-cari peluang perniagaan lain.

Dalam MLM (S) harga barangan dipastikan tidak terlalu tinggi dan setanding dengan harga produk bukan MLM . Tidak berlaku tekanan atau pemaksaan belian oleh pihak syarikat atau pemimpin atasan. Ini kerana syarat kelayakan mendapat bonus adalah rendah dan mampu terjangkau oleh semua ahli. Ahli digalakkan membeli produk mengikut kadar kemampuan masing-masing. Penekanan syarikat tertumpu kepada pengeluaran dan pemasaran produk halal demi maslahah umat Islam keseluruhannya.

BEBERAPA PENYELEWENGAN YANG BERLAKU DARI SUDUT PELAN PEMASARAN MLM KONVENSIONAL

  1. Pelan pemasaran yang kabur dan mengelirukan
  2. terdapat unsur perangkap, penipuan dan penindasan
  3. Syarat jualan kumpulan dan Kelayakan (top-up sales) yang bersifat menindas dan memaksa
  4. Penipuan dan kesamaran dalam Skim Tabung Kereta Mewah dan Rumah
  5. Sistem pangkat yang tidak telus dan tidak bersifat kekal
  6. Motivasi yang berasaskan gimik
  7. Keraguan atas produk dari sudut suci dan halal
  8. Kaedah pengiraan bonus yang meragukan dari sudut PV (point value) dan BV (business volume). Kadar BV yang tidak tetap mencetuskan keraguan.

ULASAN

(MESTIKAH ORANG BAWAHAN ITU DIKENALI DALAM JARINGAN PEMIMPIN YANG BEGITU BESAR). Harus diingat bahawa untuk melahirkan jaringan yang sebegitu besar dalam dunia perniagaan MLM bukanlah sedemikian mudah yang disangkakan. Ia menuntut perjuangan dan komitmen yang jitu, memerlukan pengorbanan dalam semua aspek fizikal, mental dan jiwa, pengetahuan yang tinggi dalam selok belok perniagaan dan juga kesabaran dan ketabahan. Pelbagai kerenah pelanggan dan jaringan perlu ditangani di samping persaingan yang sengit di luar dan di dalam perniagaan. Lebih-lebih lagi kebanyakan usahawan MLM ini lahir dari kalangan mereka yang sebenarnya tiada apa-apa dan banyak kekurangan diri ditambah pula dengan tiada skim khas yang membantu. Yang ada dalam diri mereka adalah cita-cita yang tinggi, kemahuan yang teguh dan semangat untuk merubah nasib diri dan bangsa untuk berjaya.

Sebenarnya HPA MELETAKKAN HAD TERHADAP BONUS GENERASI SEKADAR 10 GENERASI).

(perbandingan broker dengan broker amat tidak tepat bagi mereka yang benar-benar arif tentang selok belok kedua-dua perniagaan tersebut).

Komen/ulasan

(hakikatnya tidak berlaku sebarang pengambilan oleh orang atasan dari bahagian orang bawahan kerana kedua-dua bahagian itu sudah termaktub dalam pelan pemasaran MLM).

Sebagai contoh : A adalah pemimpin kepada B dalam sebuah jaringan perniagaan MLM syarikat H : A berpangkat Sales Manager dan mencapai tahap 26 % manakala B berpangkat Sales Eksekutif dan mencapai tahap 20%.

Katakan jualan peribadi A sebanyak 100 nm dan jualan peribadi B 200 nm, maka,

a. bonus peribadi A adalah 100 NM X 26% = RM 26.00 manakala,

b. bonus peribadi B adalah 200 NM X 20% = RM40.00.

oleh sebab B adalah pengedar di bawah tajaan A dan melakukan kerja-kerja servis yang membantu B dalam penjualan, maka A beroleh upah (jIa’lah) seperti yang dijanjikan oleh syarikat H sebanyak (26% - 20%) iaitu,

6% X 200 NM = 12.00, jadi bonus total untuk A : 26.00 + 12.00 = 38.00

(Di sini kita masih lihat wujud keadilan dalam sistem pemasaran itu walaupun B adalah di bawah tajaan A tetapi bonus yang diperolehinya lebih banyak dari A. begitulah kaedah pembayaran yang berlaku pada peringkat seterusnya apabila B pula membuat penajaan untuk membina jaringannya.)

komen : apa yang cuba dihuraikan oleh penulis bukanlah MLM yang sebenar kerana dalam perniagaan MLM yang sebenar wujud barangan yang diniagakan. Perkara sebenarnya yang dibentangkan adalah skim cepat kaya yang mungkin tidak berlesen atau berselindung di sebalik lesen yang sah. Banyak syarikat yang mendapat lesen perniagaan yang sah dari Bahagian Unit Jualan Langsung tidak mengguna pakai pelan pemasaran yang diluluskan sebaliknya cuba mengaut keuntungan besar dan segera dengan menggunapakai sistem skim cepat kaya. Dalam perniagaan cepat kaya, ahli sudah beroleh bonus atau komisen segera apabila berjaya mendaftarkan ahli baru. Sebagai contoh A telah membawa masuk B dalam skim cepat kaya tersebut dengan memujuk B membeli sejumlah barangan yang ditetapkan syarikat dengan harga yang sangat tinggi bernilai 900.00. syarikat skim tersebut membayar A sebanyak 100.00 secara segera kerana berjaya membawa masuk B dalam skim tersebut. A juga diberikan bonus dari belian B sebanyak 120.00 pada hujung bulan tersebut. Begitulah seterusnya apabila A berjaya membawa lebih ramai ahli baru masuk dalam skim tersebut. Syarikat ini biasanya tidak akan kekal lama dan akan segera menutup operasi apabila aktivitinya mula dihidu oleh pihak berkuasa ataupun setelah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit.

Untuk lebih memahami keadaan ini mari kita buat pembahagian jelas berhubung urusniaga di atas, sebagai contoh;

Nilai barang yang B terpaksa beli : 900.00

Nilai sebenar barangan tersebut : 350.00

Untung syarikat : 550.00

Bahagian untuk A : 220.00 (100 + 120.00)

Bahagian untung syarikat : 330.00

Bayangkan sekiranya dalam satu hari A berjaya membawa masuk 10 orang ke dalam skim ini, sudah tentu pendapatan harian A (dengan menjual orang) adalah sebanyak 1000.00 sehari. Dan pendapatan bulanannya 120.00 X 10 X 30 hari = 36 000.00. kaedah inilah antaranya yang dimanipulasikan oleh syarikat skim cepat kaya.

Komen : berhubung perkara ini saya ingin memberikan penjelasan berhubung dengan bayaran keahlian. Sebenarnya terdapat beberapa tujuan yang jelas berhubung dengan bayaran keahlian;

  1. ahli sebenarnya adalah agen kepada syarikat untuk menjual produk kepada pengguna atau pelanggannya. Dengan mendaftarkan diri sebagai ahli maka ia mendapat kelayakan yang sah untuk mengedar produk dari syarikat berkenaan.
  2. syarikat MLM tidak memaksa orang ramai atau pelanggannya untuk menjadi ahli sebaliknya ahli yang mendaftar akan mendapat potongan atau diskaun yang ditetapkan. Agen yang menjual produk kepada pengguna sudah tentu berhak mendapat keuntungan atas jualan produk tersebut

  1. Penyelewengan yang selalu berlaku di kalangan syarikat MLM (K) ialah menjual kit niaga pada harga yang mendatangkan keuntungan. Ini adalah salah kerana bayaran pendaftaran ahli atau agen sepatutnya setimpal dengan nilai kit niaga dan dokumen yang berkaitan dengan pendaftaran. Sepatutnya keuntungan syarikat diperolehi melalui penjualan produk bukan melalui pendaftaran keahlian.

(komen : amat malang sekali penulis tidak melihat bagaimana proses pembinaan jaringan berlaku. Perniagaan MLM tidak boleh dibandingkan dengan apa jua bentuk pelaburan kerana MLM adalah bidang keusahawanan yang dijana dengan modal yang besar dan pelbagai sedangkan pelaburan sekadar berkisar pelaburan wang untuk memperoleh untung atau dividen. Amat jelas di sini penulis cuba mengungkap persoalan besar yang di luar pengetahuan dan kepakarannya.

1 ulasan:

  1. Anda sedang mencari syarikat pinjaman kewangan sebenar untuk mendapatkan pinjaman sebanyak 10,000 euro kepada 10,000,000 euro (untuk pinjaman komersial atau perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman peribadi, pinjaman gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman modal teroka, pinjaman kesihatan dan sebagainya. ))
    Atau adakah dia menafikan pinjaman dari bank atau institusi kewangan untuk sebarang sebab?
    Memohon sekarang dan dapatkan pinjaman kewangan sebenar. Diproses dan diluluskan dalam 3 hari.
    TANDATANGAN KEWANGAN PACIFIC Kami adalah pemberi pinjaman pinjaman antarabangsa yang menyediakan pinjaman kewangan sebenar kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad identiti yang sah atau pasport antarabangsa negara anda untuk pengesahan.
    Pembayaran balik pinjaman bermula pada 1 (satu) tahun selepas pinjaman diterima dan tempoh bayaran balik adalah 3 hingga 35 tahun.

    Untuk makluman segera dan memproses permohonan anda untuk sempadan dalam masa 2 hari perniagaan
    Hubungi kami terus melalui mel ini: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    Hubungi kami dengan maklumat berikut:

    Nama penuh: ____________________________
    Jumlah wang yang diperlukan sebagai pinjaman: ________________
    Terma kredit: _________________________
    Tujuan pinjaman: ______________________
    Hari Lahir: ___________________________
    Jantina: _______________________________
    Status Perkahwinan: __________________________
    Alamat: _______________________
    City / ZIP Code: __________________________
    Negara: _______________________________
    Pendudukan: ____________________________
    Telefon bimbit: __________________________

    Hantar permintaan anda untuk tindak balas segera ke: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    terima kasih

    Ketua Pegawai Eksekutif Puan Victoria Johnson

    BalasPadam