Khamis, Disember 03, 2009

Hari sabtu yang lalu bersamaan 11 Zulhijah (28 Nov 09) saya berpeluang menziarahi Tuan Hj Ismail di rumah beliau di Kompleks Jejawi bersama keluarga. Terima kasih tak terhingga di atas kesudian Tuan Hj meluangkan masa dan melayani kami dengan penuh kemesraan. Sudah lama agaknya tak berpeluang untuk bersembang-sembang sebegitu. Maklumlah atas kesibukan beliau yang menumpukan sepenuh usaha dan masa untuk mengembangkan lagi rangkaian perniagaan HPA.

Dalam pada itu, dapat pula satu ilmu perawatan baru daripada Tuan Haji. Kebetulan anak gadis saya, Nur Ernie Nazirah !4 tahun sedang sakit sengugut dan herba Sengugut tak dibawanya pula. Tuan Hj yang begitu simpati dengan segera mencarikan sedikit serbuk teh yang direndam dalam air panas dan dicampur dengan sedikit kapur makan (kapur sireh) dan diberi minum. Saya taajub sekali dengan izin Allah SWT anak gadis saya yang pada asalnya sedang tangis menahan sakit mampu tersenyum ceria hanya dalam masa tak sampaipun 10 minit.

Dalam pertemuan itu saya sempat juga berbincang dengan beliau tentang perancangan HPA di masa hadapan. Beliau begitu jujur dan bersungguh-sungguh ingin melihat HPA membangunkan usahawannya tanpa mengharapkan modal secara pinjaman. Malah beliau mengajukan keyakinan bahawa masalah modal bukanlah penghalang kepada kejayaan dalam perniagaan. Yang penting kemahuan yang kuat untuk berjaya. Saya juga sempat berbincang tentang usaha untuk memajukan institusi pendidikan HPA hingga ke taraf Universiti. Insya Allah, institusi pendidikan yang bakal dimajukan HPA tidak akan sama seperti institusi pendidikan lain kerana matlamat kita untuk melahirkan insan-insan yang benar-benar mampu berdikari dan mempunyai semangat juang yang tinggi berasaskan Jihad agama dan ekonomi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan