Sabtu, Mac 13, 2010

BERJAYA SEBAGAI SEORANG USAHAWAN HERBALIS MLM

Imam Al-Ghazali ada menyebut, ‘sekiranya besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kesusahan dan kepayahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya.’

Kata-kata hikmat ini banyak berkait rapat dengan kerjaya sebagai usahawan yang amat menuntut pengorbanan yang besar dan semangat yang gigih dan jitu dalam mengharungi pelbagai cabaran yang melanda.

Berjaya sebagai usahawan membawa makna bahawa di hadapan kita tersedia rezeki yang banyak, segala kesenangan hidup dan penghormatan daripada orang lain. Pendek kata kita berjaya meletakkan diri kita sebagai insan yang dikatakan luar biasa. Apabila saya memilih untuk bersama HPA saya sesungguhnya melihat suatu peluang yang amat besar untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya yang amat kurang ditawarkan di tempat lain.

Selama 13 tahun bersama HPA, secara sedar dan tidak telah terbina satu kerjaya hebat dalam diri saya yang disebut sebagai ‘Usahawan Herbalis M.L.M. Pengalaman inilah yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca khususnya seluruh pengedar-pengedar HPA iaitu bagaimana untuk menjadi usahawan herbalis M.L.M yang berjaya.

Usahawan Herbalis M.L.M merujuk kepada tiga frasa utama, iaitu ‘usahawan’, ‘Herbalis’ dan ‘M.L.M’. Ini bermakna untuk berjaya dengan cemerlang anda harus membina sikap keusahawanan; mendalami ilmu berkaitan dengan dunia perubatan herba dan kemahiran yang bersesuaian dengannya; serta mempelajari dan memahami selok belok perniagaan M.L.M. Rangkuman tiga karektor utama tersebut akan menjadikan anda bukan sahaja sebagai manusia yang berjaya dalam lapangan hidup tetapi menjadikan diri anda sebagai insan yang amat bernilai kepada orang lain.

Siapakah yang dikatakan sebagai usahawan itu? Usahawan ialah orang mengusahakan sesuatu perniagaan bermula secara kecil-kecilan tetapi akhirnya menjadi secara besar-besaran. Seorang usahawan harus mempunyai kesabaran yang tinggi, sanggup menghadapi cabaran, bersedia untuk bersaing, bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat, semangat untuk berdikari serta yakin pada kemampuan diri sendiri.

Seorang herbalis pula adalah orang yang mempelajari dan mengamalkan herba. Beliau berpegang kepada falsafah herbalisme yang menyebut “biarkan makanan menjadi ubatmu, dan biarkan ubat yang menjadi makananmu”. Seorang herbalis bukan sekadar menjual produk tetapi menjual ‘product knowledge’ kepada orang. Pengetahuan yang mendalam dalam bidang herba akan membantunya untuk mengesyorkan herba sebagai amalan orang lain. Di samping itu seorang herbalis juga memulakan amalan herba kepada diri dan orang terdekat dengannya. Beliau yakin sepenuhnya dengan perubatan herba yang dibawa. Keyakinan inilah yang akan terpancar kepada orang lain. Seorang herbalis mempelajari dan mengamalkan disiplin perubatan herba yang sebenar. Beliau mengesyorkan amalan herba secara sistematis dan mampu bertindak sebagai ahli perunding kesihatan yang mahir. Seorang herbalis sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan segala kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang perawat yang cemerlang. Inilah yang merupakan matlamat HPA untuk melahirkan individu herbalis yang benar-benar memenuhi keperluan masyarakat hari ini.

Seorang ahli M.L.M pula merupakan individu yang berjaya dalam karier peniagaan jualan langsung pelbagai aras. Beliau sedar bahawa kekuatan M.L.M bergantung kepada keupayaan membina jaringan pengedar yang kukuh. M.L.M merupakan suatu system perkongsian untuk mencapai matlamat yang sama.

Seorang ahli M.L.M harus memahami kerja-kerja pokok yang harus dilakukan dalam kerjaya perniagaannya. Dalam M.L.M, kita bukan sekadar menjual tetapi turut menawarkan peluang menjadi usahawan kepada orang lain. Kita perlu berusaha untuk menjayakan orang lain dalam proses untuk menjayakan diri sendiri. Kemampuan bergerak secara bersama dan bersepadu ibarat anai-anai yang membina busut akan menghasilkan pulangan yang tidak ternilai harganya bagi semua. Perniagaan ini akan menjadi tempat pergantungan bagi semua sebagai tempat untuk mencari rezeki dan kepuasan dalam hidup.

Dalam keluaran yang akan datang saya akan berkongsi lebih banyak maklumat dan pengalaman berkait dengan dunia keusahawanan M.L.M dengan para usahawan HPA. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini menjadi panduan yang berguna bagi mereka yang ingin menjadi Usahawan Herbalis M.L.M yang berjaya.

Sekian, bersambung pada siri yang akan datang…wassalam.

3 ulasan:

  1. Benar tu. Seorang usahawan perlu ada kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang tu kena tempuhi beberapa siri kegagalan dulu. Ada sesetengah orang baru gagal sikit dah berputus asa. Jadi semangat usahawan tu perlu dibina dengan kuat untuk berjaya...Wallahua'lam

    BalasPadam
  2. Teruskan Perjuangan Suci ini.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.Jika ada segelintir manusia yg Mencaci atau benci kpd Hpa.Ingat
    Selagi kita berjuang ke jln Allah Sudah Pasti ganjaran yg akan di terima.

    BalasPadam
  3. SubhanaAllah..Jika kita berjuang atas nama Allah.
    sudah pasti liku-liku onat dan duri yang kita akan lalui dgn hati yg tenang,kerana nikmat keseronokkan dlm perjuangan yg Allah kurniakan.Apa yg kita cari sebenarnya adalah kebahagian.kebahagian dunia dan di akhirat sana.

    BalasPadam