Khamis, Disember 03, 2009

Salam perjuangan buat semua Usahawan Mujahid HPA,
Alhamdulillah, tanggal 30 Nov 09 berakhirlah pengajian saya dalam bidang Master in Muamalah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Selama 2 tahun pengajian, banyak ilmu dan pengalaman yang amat berharga yang dapat saya kutip dan dapat meningkatkan lagi kualiti diri saya sebagai manusia serta dapat juga saya menafaatkan untuk dikongsikan kepada semuanya melalui program-program ceramah dan kursus kepimpinan HPA.
Menariknya pengajian yang saya ikuti menggabungkan ilmu-ilmu pengurusan, kewangan, pemasaran, kepimpinan dan etika pengurusan berdasarkan perspektif Islam. Saya berpeluang mendalami ilmu dalam bidang Qawaid Fiqhiyyah (Kaedah-kaedah Fiqh), Usul Fiqh (muamalah), Fiqh al-Muamalah al-Maliyyah (fiqh kehartaan) dan Fiqh al-Muamalah al-Muasarah (berkaitan bentuk-bentuk ekonomi dan system kewangan semasa) termasuklah kajian atas MLM Syariah.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi berkat sokongan keluarga, pengurusan HPA serta semua barisan pemimpin HPA serta rakan taulan saya Berjaya mendapat keputusan cemerlang atas keseluruhan 13 subjek yang dikuti iaitu 10 A dan 3 B.
Sepanjang mengikuti pengajian yang begitu sistematik, banyak cetusan idea dan ilham yang datang kepada diri saya yang sudah tentu dapat dimenafaatkan untuk memajukan dan memantapkan lagi perniagaan HPA kita ini. Terasa diri begitu banyak kekurangan dan masih banyak rupanya yang perlu dipelajari oleh insan kerdil ini demi menghadapi pelbagai cabaran di masa hadapan. Insya Allah, segala-galanya akan saya coretkan buat tatapan dan renungan bersama bagi tuan-tuan dan saudara saudari yang sudi membaca coretan pengalaman saya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan