Ahad, Januari 11, 2009



“KONSEP AL-JUA’LAH DALAM FIQH ISLAM : PENERAPANNYA DALAM KAEDAH PEMBERIAN BONUS MLM-HPA


Pengertian Jua’lah

Jua’lah adalah satu bentuk akad yang melibatkan 2 pihak. Pihak pertama ja’il. Yang ke-2 ; A’mil. Yang ke- 3; Alju’l.
i. Ja’il ialah pihak yang menawarkan satu pemberian sebagai upah untuk melaksanakan satu tugas atau perkhidmatan untuknya atau untuk manfaat orang yang dikehendakinya (maju;llahu)

ii. A’mil ialah pihak yang melakukan satu kerja atau tugas yang ditawarkan pemberian untuknya.

iii. Alju’l ialah kadar pemberian yang merupakan wang atau harta benda yang diberi kepada A’mil. Para ulama maliki memberi ta’rif : satu upahan kepada satu pekerjaan bagi memperoleh manfaat yang mungkin dicapai. Sepertimana seseorang itu berkata; "Sesiapa yang memulangkan binatang ternakan saya yang lari atau barangan saya yang hilang atau menggali perigi saya sampai dapat air atau menjahit untuk saya sepasang kemeja maka untuknya sekian.”

Antara contoh kontrak Ju’alah ialah satu peruntukan hadiah yang disediakan untuk pemenang-pemenang dalam pertandingan atau perlumbaan yang diharuskan termasuklah juga kadar ganjaran atau saham dari harta rampasan perang yang dijanjikan oleh ketua tentera kepada sesiapa yang dapat menawan kubu-kubu musuh atau menjatuhkan beberapa buah kapal terbang. Begitu juga kadar jumlah wang yang dijanjikan kepada seorang doktor yang dapat menyembuhkan penyakit tertentu atau kepada seorang guru yang dapat membimbing anaknya sehingga dapat menghafal Al-Quran.

Para ulama fiqah silam biasanya memberi contoh ju’alah seperti sesiapa yang dapat memulangkan ternakan yang hilang atau hambanya yang melarikan diri.




Pensyari’atan Al-Ju’lah.

Para ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa kontrak jua’lah tidak harus kerana mengandungi elemen-elemen yang tidak menentu pada masa dan kerja yang berkaitan. Pandangan ini didasarkan kepada hukum qias kepada sewa menyewa dimana disyaratkan kepastian tentang kerja, pekerja, ganjaran dan masa.

Walaubagaimanapun, ulama ini mengharuskan satu sahaja bentuk daripada jua’lah berdasarkan kaedah istihsan iaitu pemberian yang diberikan kepada sesiapa yang mengembali hamba yang melarikan diri walaupun tanpa syarat seperti 3 hari perjalanan atau lebih dan kadar upah 40 dirham bagi menampung perbelanjaan dalam perjalanan. Sekiranya dikembalikan hamba kurang dari kadar itu maka dikira mengikut nisbah misalnya kalau dikembalikan hamba itu dengan mengambil masa 2 hari perjalanan maka dia berhak mendapat 2/3 daripada 40 dirham. Kalau mengambil masa 1 hari perjalanan dia berhak mendapat 1/3. Sekiranya kurang daripada itu dia berhak mendapat mengikut nisbah kerjanya. Sudut pengendalian kaedah istihsan di sini ialah dengan termetrainya a’kad seperti nini membuka jalan bagi pemilik-pemilik memelihara hartanya.

Para ulama mazhab Maliki, Hambali dan Syafiee mengatakan ju’lah adalah harus berdasarkan dalil dari Al-Quran dan kisah nabi Yusuf dan saudara-saudaranya.












Dan juga dari petunjuk As-Sunnah harus mengambil upah kerana menawar bisa dengan membaca surah Al-Fatihah seperti yang diriwayatkan oleh jemaah kecuali Al-nasaai. Dari Abi Said Al-Khadrai:
Ada sekumpulan sahabat nabi tiba disalah sebuah perkampungan arab. Mereka tidak diterima sebagai tetamu, sebelum mereka beredar dari situ ketua kampung berkenaan disengat binatang berbisa . Orang kampung itu bertanya kepada sahabat nabi: adakah antara kamu orang yang boleh menawar bisa?. Para sahabat nabi menjawab: kamu menolak kami sebagai tetamu’ maka kami tidak akan menunaikan permintaan kamu kecuali kamu janjikan kami upah. Maka mereka (orang kampung) menjanjikan upah sekawan kambing. Salah seorang sahabat membaca Al-Fatihah dan meludah bahagian yang terkena bisa itu.Maka dengan itu sembuhlah ketua kampung itu daripada bisa. Setelah itu mereka menyerahakan sekumpulan kambing yang dijanjikan.Para sahabat engan menerima tawaran itu sebelum mereka bertanya Rasulullah. Setelah mereka bertanya Rasulullah tentang perkara itu , baginda ketawa dan bertanya;
"bagaimana kamu tahu surah Al-Fatihah itu menawar bisa. Terimalah upahan itu dan peruntukan aku satu saham.”

Memandangkan senario masyarakat yang sentiasa berkembang dan di mana keperluan hidup seseorang atau kumpulan tidak dapat dihasilkan sendiri. Maka di sinilah memerlukan pelbagai jenis a’kad seperti upah mengupah, tawaran dan penerimaan tender-tender, insentif-insentif untuk memajukan sesuatu bidang perusahaan termasuklah perlaksanaan konsep al-jua’lah seperti yang telah dijelaskan. Walaupun mengandungi elemen-elemen tidak menentu berkaitan dengan masa, pekerja dan kerja berlainan dengan kontrak sewa menyewa kerana kontrak jua’lah adalah kontrak yang tidak melahirkan komitmen datripada kedua belah pihak sedangkan kontrak sewa menyewa melahirkan komitmen daripada kedsua belah pihak. Justeru itu memerlukan ketentuan masa.


Ungkapan Kontrak Jua’lah

Oleh kerana bebanan dalam kontrak jua’lah lahir dari kehendak satu pihak (Ja’il) maka ianya tidak wujud melainkan melalui datu bentuk ungkapan yang menunjukkan keizinan untuk melakukan sesuatu peranan melalui permintaan yang berterus terang dan kesediaan untuk memberi ganjaran tertentu yang mempunyai nilai yang dimaksudkan. Sekiranya seseorang melakukan satu kerja tanpa izin dari Ja’il atau secara sukarela maka tidak berhak untuk mengambil upah.


Perbezaan Antara Kontrak Jua’lah dan Ijarah.

Perbezaan antara Jua’lah dan Ijarah adalah seperti berikut:


JUA’LAH

IJARAH
A’mil tidak mendapat apa-apa manfaat dari
Tawaran upah melainkan setelah selesai
Pekerjaan yang ditawarkan

Pihak penyewa mendapat manfaat mengikut kadar kerja yang dilakukan

Pihak A’mil tidak berhak mendapat upahan
Sebelum selesai sepenohnya kerja yang dijalankan.

A’mil berhak mendapat ganjaran mengikut kadar kerja yang dilakukan. Walaupun belum selesai.
Diharuskan walaupun mengandungi elemen-elemen yang tidak menentu sebagaimana yang telah disebut.

Disyaratkan bersih daripada elemen-
elemen yang tidak menentu

Tidak harus didahulukan upah



Harus didahulukan upah


Adalah harus dan tidak lazim. Maka ianya harus difasakhkan


Lazim dan tidak boleh difasakhkan


Syarat-syarat Kontrak Jua’lah

1. Syarat kelayakan untuk ja’il samaada untuk kepentingan atau untuk kepentingan orang lain hendaklah bebas berurus bicara (cukup umur, sempurna akal dan matang). Adapun syarat bagi a’mil hendaklah memiliki sifat kelayakan untuk bekerja dan tidak sah kontrak sekiranya tidak mampu bekerja kerana kecil atu sebagainya sekiranya tidak ditentukan memadailah dia mengetahui iklan kerja tersebut.
2. Upah yang ditawarkan hendaklah merupakan harta yang dikenalpasti. Sekiranya upah tersebut sesuatu yang tidak diketahui, terbatallah a’kad. Seumpama seseorang berkata: Sesiapa yang menemui kereta saya akan diberi pakaian. Jika ini berlaku, A’mil dalam kontrak ini berhak menerima upah nilai semasa.
3. Manfaat yang akan diperolehi oleh Ja’il hendaklah bersifat jelas dan hakiki serta harus dinikmati pada hukum syarak.Oleh itu, tidak boleh ditawarkan kepada seseorang untuk mengeluarkan jin daripada tubuh seseorang atau merungkai amalan sihir kerana kerja-kerja tersebut tidakdapat dikenalpasti. Begitu juga tidak seharusnya untuk mendapat menfaat dari perkara yang diharamkan.

Para ulama dari mazhab Maliki menambah: setiap perkara yang and a diharuskan padanya kontrak jua’lah seperti kerja mengali perigi boleh juga berlaku a’kad ijarah dan tidak semua yang diharuskan padanya kontrak ijarah menjadi harus pula padanya a’kad jua’lah seperti kerja menjual pelbagai barangan perkhidmatan dalam tempoh sebulan atau mengali perigi di tanah milik persendirian. Semua ini harus dijadikan perkara untuk kontrak ijarah dan tidak harus pada kontrak jua’lah.Sebabnya ialah kerana kontrak jua’lah dikhususkan kepada kerja-kerja yang tidak menghasilkan apa-apa menfaat kepada ja’il melainkan setelah selesai sepenohnya kerja-kerja berkaitan. Sedangkan kerja tersebut memberi manfaat kepada ja’il walaupun belum selesai.

Pandangan yang popular dikalangan mazhab Maliki mengatakan sesuatu pekerjaan yang terbabit dengan kontrak jua’lah mestilah bertujuan menghasilkan manfaat kepada ja’il disebalik pekerjaan tersebut. Andai kata seseorang menawar upah satu dinar kepada sesiap yang sanggup memanjat bukit bukan untuk mendapat sesuatu maka tidak sah kontrak jua’lah tersebut. Para ulama Syafiee pula mensyaratkan pekerjaan yang terlibat dalam kontrak jua’lah mesti mempunyai bebanan kerana sesuatu perkara yang tidak mempunyai bebanan tidak layak diimbalkan dengan ganjaran.

4. Ulama mazhab Maliki mensyaratkan supaya tidak ditetapkan tempoh masa dalam kontrak jua’lah. Ulama lain berpendapat harus dihimpunkan antara ketentuan tempoh dan pekerjaan. Seperti: Siapa yang menjahit pakaian ini untuk saya dalam tempoh satu hari dia akan mendapat upah ........... dia berhak mendapat upah yang dijanjkan. Sekiranya dia gagal , maka tiada apa-apa baginya. Sebahagian ulama Maliki menambah satu syarat kelima iaitu kontrak jua’lah boleh berlaku keats kerja-kerja yang ringan walaupun mengandungi pelbagai proses kerja seperti kerja mengembalikan sekumpulan unta yang hilang.


Kedudukan Hukum Jua’lah serta Tempoh kelayakan Mendapat Ganjaran


Para ulama yang mengharuskan kontrak jua’lah itu sepakat pula mengatakan ianya merupakan satu kontrak yang harus. Tidak lazim seperti a’kad ijarah masing-masing yang terlibat k’kad itu. (Ja’il dan A’mil) berhak menasakhnya. Cumanya mereka berselisih tentang waktu a’kad itu dinasakh. Ulama Maliki berpendapat harus berlaku nasakh sebelum bermulanya pekerjaan yang berkaitan. Sekiranya pekerjaan sudah bermula pihak ja’il bertanggungjawab dengan kewajipan memberi ganjaran yang dijanji sedangkan pihak a’mil tidak dipertanggungjawabkan menyelelesaikan pekerjaan yang dimulakan. Adapun A’mil yang dijanjikan ganjaran baang yang dicari itu menjadi miliknya tidak menanggung beban apa-apa samaada nasakh itu berlaku sebelum atau selepas bermula pekerjaan yang berkaitan. Para ulama Syafiee dan Hambali pula berpendapat nasakh boleh berlaku pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh ja’il aatau maju’llahu (orang yang manfaat untuknya) kontrak jua’lah itu dibuat dgn syarat sebelum selesai kerja-kerja A’mil.

Sekiranya fasakh dibuat oleh Ja’il atau A’mil tertentu sebelum kerja dimulakan atau fasakh oleh A’mil selepas kerja dimulakan, maka A’mil tidak berhak mendapat apa-apa ganjaran bagi kedua-dua keadaan. Kerana dalam keadaan pertama tidak ada sebarang kerja dilakukan dan dalam keadaan kedua kerja belum selesai dan Ja’il tidak mendapat apa-apa manfaat. Sekiranya fasakh dilakukan oleh Ja’il setelah kerja dimulakan oleh A’mil maka Ja’il bertanggungjawab membayar upah mengikut nilai semasa kepada A’mil kerana A’mil bekerja dengan ada imbuhan. Sekiranya Ja’il menentukan tempat untuk dihantar barangan sedangkan A’mil berhak mendapat ganjaran. Mengikut ulama Shafiee sekiranya 2 orang berkongsi menghantar maka mereka berhak berkongsi mendapat ganjaran. A’mil tidak berhak menahan barangan (maju’l a’laih) sebagai cagaran atau jaminan untuk mendapat ganjaran atau untuk menuntut perbelanjaan kerana kerjanya yang diizinkan oleh Ja’il kerana masa dia berhak menerima ganjaran ialah ketika penyerahan barang atau perkhidmatan kepada Ja’il.


Pertambahan atau Pengurangan Kadar Imbuhan

Oleh kerana kontrak Jua’lah merupakan suatu yang harus maka haruslah bagi ja’il bagi menambah atau mengurang kadar ganjaran dengan syarat penambahan dan mengurangan itu dibuat sebelum selesai kerja-kerja A’mil samaada sebelum atau selepas A’mil memulakan pekerjaannya. Contohnya Ja’l berkata; sesiapa yang berjaya menjumpai barang saya maka baginya 10 dirham. Kemudian dia berkata 5 atau sebaliknya tetapi sekiranya pertambahan atau pengurangan itu dibuat setelah A’mil memulakan kerjanya maka ia berhak mendapat upah kerja tersebut mengikut nilai semasa. Kerana pindaan itu merupakan fasakh kepada pengumuman pertama oleh Ja’il yang perlu dirujuk kepada upah semasa. Ulama Hambali mensyaratkan pindaan itu dibuat sebelum A’mil memulakan kerjanya.


Hukum Pertikaian antara Ja’il dan A’mil

Sekiranya berlaku pertikaian antara Ja’il dan A’mil maka hukum syarak adalah mengikut huraian berikut:
A). Berlaku pertikaian tentang asal imbuhan itu sendiri samaada disyaratkan ataupun tidak. Dalam pertikaian ini perkataan yang dipakai ialah perkataan pihak yang mengingkar dan yang disokong oleh sumpahan daripadanya.Umpamanya A’mil berkata ’ kamu sebutkan kepada saya imbuhan itu tetapi pihak Ja’il menafikan syarat itu maka diguna pakai perkataannya dengan sumpah kerana pada asal tidak disyaratkan

B). Pertikaian tentang kerja. Pihak A’mil mendakwa telah melaksanakan kerja berkaitan, sedangkan Ja’il pula menafikan. Contohnya kontrak Jua’lah berlaku antara ja’il dan A’mil dimana ja’il menjanjikan pemberian tertentu kepada a’mil yang memulangkan ternakkannya yang hilang , setelah ternakan itu berda semula dalam peliharaan Ja’il. Pihak A’mil mendakwa dia yang memulangkan tetapi Ja’il menafikannya dengan mengatakan binatang itu pulang sendiri. Maka perkataan Ja;il yang dipegang dengan sumpah.
C). Sekiranya pertikaian mengenai imbuhan atau jarak perjalanan atau tempat yang ditentukan untuk mencari barang yang hilang maka kedua pihak dituntut untuk bersumpah dan kontrak difasakh. Wajib diberi upah nilai semasa untuk A’mil sebagaimana yang berlaku pada kontrak ijarah. Ulama Maliki berpendapat .dalam konteks ini perkataan yang dipegang adalah perkataan Ja’il kerana pada asalnya tidak ada penambahan pada perkara2 tersebut.Lagipun perkataan Ja’il yang dipakai pada asal pemberian itu sendiri maka demikianlah juga dalam menentukan kadarnya samaada seperti kedudukan tuan punya modal dalam kontrak mudharabah. Lagi pula Ja’il mengengkar apa yang didakwa oleh A’mil sebagai tambahan kepada apa yang diakuinya.Pada asalnya dia bersih dari apa yang dinafikan, dan kedua belah pihak perlu bersumpah sebagaimana yang berlaku antara penjual dan pembeli yang berselisih tentang harga dan antara pemberi upah dan pengambil upah tentang kadar upah.Sekiranya kedua belah pihak bersumpah maka terfasakhlah kontrak dan dikembalikan kepada upah semasa.


BEBERAPA PERSOALAN (SERTA JAWAPAN) TENTANG MLM HPA DAN BONUS.
(RUJUK DARI SOAL JAWAB DENGAN UST. AHMAD ADNAN FADZIL)

1. MLM; YANG HALAL DAN YANG HARAM.
(Dipetik dari blog soal jawab agama; oleh ust. Ahmad Adnan Fadzil.)


Soalan; Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia.Apa pendirian syarak berkenaan MLM.; apa ciri2 MLM yang harus dan apa ciri2 MLM yang haram pula?

Jawapan

Setakat sekarang penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Langsung MLM dari mana2 ulama muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar samaada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulama dengan lengkap dan panjang lebar didalam kitab-kitab Feqah.Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sebenarnya suatu urusniaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuk MLM) halal atau tidak. Di sini saya akan kemukakannya secara ringkas.

Menjadi prinsip yang diterima semua ulama bahawa dalam hal2 keduniaan (antara urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak samaada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara2 yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti iaialh ada atau tidak didalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur2 yang diharamkan? Jika tidak ada , maka id dikekelkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. Iaitu umumnya, perniagaan yang sah mengikut Syariat Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;
1.Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
2.Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual beli.
3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara2 yang diharamkannya.

Saling meredhai

Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni dia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha meredhai ini sangat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud) ; ”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memekan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan pernisgaan yang berlaku dengan saling meredhai diantara kamu” (Surah Annisa”, ayat 29).


Syarat-syarat bagi akad perniagaan

Bagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan.Syarat-syarat ini jika dilangari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal.Diantara syarat-syarat tersebut ialah:
1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumaiyyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri.; iaitu tidak dipaksa melakukan akad.
3. Status barang yang diniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tidak kesamaran) oleh penjual dan pembeli Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram).
5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah memetuhi syarat-syarat pertukaran mata wang mengikut Syarak.
6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata," Saya jual barang ini dengan harga RM40: dan pembeli pula berkata "Saya beli dengan harga RM30”.

Larangan-larangan Syarak dalam perniagaan

Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu:

a) Membantu kepada perbuatan maksiat
b) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan.
c) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasan
d) Terdapat penganiagaan terhadap salah satu pihak yang beraqad.
(Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm.242)

Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah:

1. Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada Syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam samaada sebagai pembeli, pengedar, panaja atau sebagainya.

2. Al-Gharar : iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; Rasulullah s.a.w menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a )

3. Melakukan penipuan dalam urusan urus-niaga. Sabda Rasulullah s.a.w,

"Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku.”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a).

Antara contoh penipuan ialah:

(a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barngan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata.Penipuan begini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.
(b) Menipu membeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksloitasi kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran.Contohnya: menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohny: menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual atau sebagainya.
(d) Mengurangi imbangan

4. Antara yang dilarang juga didalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras penguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar(monopoli barangan, yakni menyorok barangan untukmenaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna.
Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa”
(Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a)

Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.

Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umu termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan penghuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.


Syarat-syarat yuran keahlian

Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
2. Yuran tersebut bertujuan menyediakan meklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam ertikata lain peserta boleh menarik diri dari dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi akad yang selanjutnya semasa berurusniaga atau berjua-beli.

Syarat-syarat diatas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majmak’al-Figh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat perniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat: Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islam,1994,2/37).







Bonus

Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep Al-Ji’alah didalam fiqh Islam.Al- Jia’lah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata: ”Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM200” (Al-Majmu”, jil, 15, Bab al-Ji’alah). Al-Jia’lah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan Hadis, antaranya firman Allah:

"orang-orang menteri menjawab: :Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)

Menurut ulama, keharusan al-Ji’alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;

1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
3. Hendaklaj manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak. (Wahbah az-Zuhaili, 4/787)


Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Jia’lah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat.. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua diatas.

Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd.
( salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalankan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut:


1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai
4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk menbina organisasi/perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari semasa ke semasa untuk perbincangan,perancangan dan penerangan produk danperkembangan terbaru syarikat.

Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menjadi prinsip al-Ji’alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.


Meletakkan syarat untuk memperolehi bonus

Menetapkan syarat tambahan selain yang ditetapkan Syarak-dalam mana2 akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melangar hukum syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih.Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w : ”Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)”- riwayat ai-Hakim dari Anas r.a.

Oleh demikian tindakan syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus-jika bonustersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji’alah diatas – tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan syarak dan tidak bersifat pilih kasih atau menganiaya mana-mana orang.

Jauhi Sistem Piramid
Sistem piramid yang dimaksudkan ialah satu sistem dimana sekumpulan orang di bawah membayar kepada orang yang berada ditingkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapata keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.Diantara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah:
1. Produk berkualiti murah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang keatas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian dibawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal
6. Dakwaan perolehanyang sengaja direka-reka wang dan kejayaan besar serta digembar gemburkan.
(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Apa yang jelas dalam sistem piramid ini yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk tetapi penajaan ahli baru dimana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melaluike giatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah., bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual.

Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas jelas bahawa sistem piramit tersebut bertentangan dengan Syariat Islam kerana terkandung didalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar(ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan dan jual beli.

Harga barangan/produk

Dr. Muhammad Bkr Ismail (salah seorang ulama dari ai-Azhar Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya : ”Tidak ada dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulama Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai oleh pembeli.Ini kerana akad jual-beli terbina atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman , janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah. (tipu, judi dan sebagainya).; kecuali dengan jalan2 perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai diantara sesama kamu”. (an-Nisa: 29)- lihat: Bainaas- Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail,hlm.108)

Sari fatwa diatas kita dapat simpulkan 2 perkara berkenaan penetapan harga barang/produk.:

a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual Jadi penentuan harga barangan/produk barangan terserah sepenohnya kapada penjual/pengeluar.

b) Namun begitu penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh(yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar dipasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual beli barang mereka apabila mereka sedar harga sebenar di pasaran. Contohnya: menjual barang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploitasi kejahilan pembeli terhadap nilai harga sebenar terhadap harga barangan/produk di pasaran seperti: menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenar harganya.

Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sesuatu MLM itu harus atau tidak disesi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat samaada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.















KAJIAN KES : DUA SOALAN TENTANG BONUS

Soalan: Saya ada dua soalan tentang bonus.

1) Apa pendapat syarak mengenai downline aras 6 ke atas yang mungkin kita tidak kenal dan kita tidak survise pun downline ini. Apakah bonus jenerasi yang kita dapat dibenarkan Syarak.
2) Ada ahli yang menjual produk, misalnya kopi di bawah paras harga yang dibawah harga yang dibenarkan syarikat misalnya harga kopi radix papan RM15.00 tetapi dijual RM14.00 dan dijual dengan banyak kepada pemborong kedai runcit, alasan nak dapata bonus sahaja rugi RM1.00 tak apa. Muamalat begini menganiaya ahli baru . apa pendapaata syarak muamalat begini dan adalah bonusnya halal. Harap ustaz dapat jelaskan.

Jawapan:

Jawapan soalan pertama.:

1). Bonus adalah pemberian dari syarikat. Ia diambil dari keuntungan syarikat. Konsep fiqh yang digunakan ialah al-Ji’alah, iaitu pemberian bersyarat. Pemberian ada 2 jenis: pemberian percuma dan pemberian bersyarat. Maksud pemberian bersyarat ialah: Pemberian hanya akan diberikan jika syarat-syarat tertentu dipatuhi atau dilakukan. Dalam MLM antara syarat pemberian bonus ialah pengedar perlu membantu syarikat termasuk mencari dan menaja ahli baru untuk syarikat.Asalkan ada peranan dari syarikat dan peranan itu termasuk dalam syarat yang ditetapkan syarikat untuk pemberian bonus, maka layaklah pemberian bonus berdasarkan janji dari syarikat. Pemberian bonus termasuk yang dikurniakan syarikat atas dasar penghargaan terhadap as-Sabiqunal-Awwalun(yakni perintis awal) dalam rangkaian perniagaan syarikat.Walaupun mereka tidak kenal generasi ke enam /ke tujuh yang jauh dari mereka dalam jalinan rangkaian mereka. Namun mereka telah berperanan menaja dan memperkenalkan syarikat kepada generasi ke dua atau ke 3, ke 4 atau seterusnya hinggalah barangan/produk berpeluang sampai ke generasi ke 6/7. Tanpa mereka penajaan barangan/produk takkan sampai ke generasi atau downline berikutnya di bawah kita . Jika tangga pertama tak dirintis , mustahil akan sampai ke tangga berikutnya. Maka jika dilihat pada hakikat tersebut tidak layakkah mereka mendapat pemberian (bonus) khusus dari syarikat.

2).Bagi saya persoalan bonus, ke mana disalurkan bonus itu merupakan masalah kedua. Masalah pertama yang perlu dipastikan ialah sumber datangnya bonus itu. Jika ianya datang dari keuntungan syarikat yang diperolehi secara halal , maka InsyaAllah bonus itu juga halal. Adapun bagaimana bonus itu hendak diagihkan , maka itu bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan syarikat kerana pemberian bonus dilakukan atas prinsip al-Ji’alah iaitu prinsip pemberian bersyarat. Kesimpulannya, masalah pertama yang perlu diselesaikan oleh semua Syarikat MLM ialah masalah perniagaan itu sendiri kerana dari perniagaan itulah datangnya keuntungan , kemudian dari keuntungan itulah datangnya bonus.Sebagai contoh: barangan/produk dijual dengan harga terlalu tinggi sedangkan kualitinya tidak seberapa dan tidak setanding pula dengan harga pasaran, seperti menjual penapis air yang harganya RM400 tetapi dijual dengan harga RM1000. Kemudian dari keuntungan yang melampau itu diambil darinya untuk pemberian bonus, maka dalam hal ini bonus itu wajar dipertikaikan kerana ianya datang dari perniagaan yang dilarang oleh Syarak kerana terdapat al-ghabnu al-fahisyh bit- taghrir (beza harga melampau yang disertai penipuan, kerana tanpa penipuan mustahil barang itu akan laku) Tetapi jika satu syarikat menjual satu barangan /produk dengan harga yang berpatutan dan barang itu berkualiti dan syarikat meletakkan target jumlah jualan untuk memperolehi untung yang tinggi (bukan harga melampau sebagaimana tadi) kemudian dari untung jualan itu dikeluarkan bonus untuk pengedar-pengedarnya yang berjasa kepadda syarikat , maka dalam situasi ini tidak ada sebab untuk kita mempertikaikan bonus tersebut kecualilah barang/produk yang dijual itu haram atau syubhah.

3). Perhatikan nilai harga dan kualiti kopi-kopi lain dipasaran berbanding kopi radix yang sempat saya tinjau:

RADIX – 15S (sachet) x 23gm, 7 herba = RM13 : diberi bonus (ada pulangan kepada pengguna)

NESCAFE ( T. Ali + GINSENG ) : 20S x 20gm, 2 herba = RM12.90/13.90: tanpa bonus ( tanpa pulangan kepada pengguna )

GOLD CHOICE ( T. Ali + GINSENG ) : 20S x 20gm., 2 herba = RM12.90/13.90 : tanpa bonus

SUPER ( T. Ali + GINSENG + M. KUCING ) 20S x 30gm. , 3 herba = RM16.50. tanpa bonus.
Beza harga dan kualiti tiap satu sachet:

RADIX (7herba + bonus ) = 1S = RM0.87
NESCAFE (2herba) : 1S = RM0.65
GOLD CHOICE (2herba) : 1S = RM0.65
SUPER (3herba) : 1S = RM 0.825

Perhatikan : Kopi Radix HPA dengan campuran 7 herba dijual dengan harga standing atau hamper standing dengan kopi-kopi berherba dari syarikat-syarikat lain sedangkan kandungan herba mereka kurang dari dalam Kopi Radix HPA. Kemudian hasil jualan Kopi Radix HPA dipulangkan pula dalam bentuk bonus kepada pengguna khususnya bagi orang yang membantu syarikat sebagai perintis, penaja, pengedar, penjual dan sebagainya. Sementara syarikat-syarikat lain itu, keuntungan sepenohnya menjadi milik mereka, tiada yang dipulangkan kepada pengguna.
Jawapan bagi soalan ke dua

Bonus adalah pemberian syarikat. Hanya orang yang mematuhi syarat-syarat sahaja berhak mendapat bonus. Oleh itu orang yang melakukan perbuatan sedemikian (menjual barang dibawah harga yang ditetapkan oleh syarikat) mereka bukan sahaja melanggar syarat syarikat malah boleh melingkupkan syarikat. Maka mereka tidak layak mendapat bonus dari syarikat. Dari segi Syarak perbuatan mereka bercanggah dengan hadis Nabi s.a.w. ,” Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat yang disepakati sesama mereka selam tidak menyangahi al-haq (yakni syariat Allah). ” Orang-orang begitu perlu diingatkan bahawa ketamakan mereka bukan sahaja akan memudharatkan pengedar-pengedar yang lain tetapi akhirnya akan memudharatkan mereka juga. InsyaAllah pihak bertanggungjawab dalam HPA sedang berusaha membasmi mereka. Kepada pencinta perjuangan HPA , hayatilah firman Allah, (bermaksud) ” saling bantu membantulah dalam kebaikan dan taqwa dan janganlah saling bantu membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran (hukum Allah).

WallahuA’lam.



3..MENETAPKAN SYARAT UNTUK BONUS : ADAKAH SUATU PAKSAAN DALAM AKAD JUAL-BELI.

Soalan: Pada saya HPA atau yang lain-lainnya sama sahaja dari segi perniagaanya. kesemua plan pemasaran MLM mewajibkan pengedar untuk mencapai target tertentu untuk mendapat bonus-bonus tertentu. Bukankah syarat-syarat ini merupakan paksaan yang dikenakan kepadda pengedar untuk mendapat bonus.? Contohnya anda mesti mempunyai kumpulan yang ada 1000NM untuk layak mendapat bonus tertentu.
2). Ustaz manakah yang dirujuk dan adakah mereka pakar dalam MLM? Setakat ini belum ada badan yang diikhriraf yang boleh dirujuk untuk menentukan HALAL atau tidaknya sesuatu sistem plan pemasaran . Semuanya berdasarkan pandangan dan pendapat peribadi ulama . Apapun bidang MLM ini adalah satu bidang yang memerlukan ijtihad para ulama....

Jawapan

Saya perhatikan ramai yang tidak dapat bezakan jenis-jenis akad dalam Islam. Dalam muamalah Islam bukan akad jual beli sahaja yang wujud tetapi akad-akad yang lain, antaranya akad hibah, ijarah dan sebagainya. Berlainan akad, berlainan pula ciri-cirinya. Contohnya dalam akad jual beli tidak harus ada sebarng ikatan/syarat dikenakan untuk meneruskan jual-beli. Contohnya tidak harus seorang penjual meletakkan syarat kepada pembeli seperti ia berkata : saya jual barang saya ini dengan syaraat awak mesti jual barang awak itu”. Syarat ini tidak sah kerana ia boleh menyebabkan terjadinya dua jualan yang dilarang oleh Nabi s.a.w Namun dalam pemberian atau komisyen meletakkan syarat untuk mendapat suatu pemberian atau komisyen ia tidak pernah diharamkan oleh mana-mana ulama. Contohnya, satu syarikat buku berkata kepada pelanggannya : jika kamu beli sebuah ahaja harganya RM20, jika kamu beli 20buah saya bagi diskaun 20% . Jika kamu jadi pengedar saya dan kamu jual 50buah ke atas, saya bagi 25%, jika 100buah keatas saya bagi 50%. Syarat yang dikenakan di sini bukan ke atas jual-beli , tetapi ke atas kelayakkan untuk mendapat komisyen. Jika syarat sebegini hendak dikatakan paksaan, maka hidup kita ini penoh dengan paksaan. , Untuk terima gaji kita disyaratkan bekerja.(yakni terpaksa bekerja) , untuk pandai kita disyaratkan belajar (yakni terpaksa belajar), untuk kenyang kita disyaratkan makan (yakni terpaksa makan), untuk mendapat untung kita disyaratkan jual barang,(terpaksa menjual), untuk masuk syurga kita disyaratkan beribadah( yakni terpadsa beribadah), ... begitulah hidup kita yang penuh dengan padsaan, jika semua syarat kita fahami sebagai paksaan. Adapun itu semua fahaman mengikut perasaan amarah kita. Adapun disisi syarak paksaan atau al-ikrah mempunyai pengertian khusus yang mempunyai rukun-rukun tertentu untuk dikatakan sesuatu itu sebagai paksaan yang membawa kepada terbatalnya akad. Setakat yang saya tahu bukan semua syarat yang diletakkan ianya akan menjadi paksaan, malah tidak dapat dielakkan bagi sesetenggah akad antaranya akad ji’alah (pemberian dengan bersyarat) sebagaimana yang ada didalam al-Quran (surah Yusuf, ayat 72), untuk memahami lebih lanjut sila baca fatwa ulama tentang ” Hukum menetapkan syarat untuk mendapat komisyen jualan” di dalam blog ini.
Wallahua’lam.


BEBERAPA FATWA DAN PANDANGAN ULAMA BERKAITAN ISU BONUS DAN KOMISYEN.

1.FATWA TENTANG MELETAKKAN SYARAT BAGI MENDAPAT KOMISYEN.

Soalan: terdapat satu sistem jualan produk yang diperkenalkan oleh beberapa syarikat yang ringkas seperti berikut:

Syarikat menawarkan kepada orang yang berminat menjadi wakil/pengedarnya untuk terlibat mempromosi barangan/produk keluarannya dengan satu kadar komisyen tertentu (cthnya. 10%) bagi setiap produk yang dijual. Namun syarikat meletakkan syarat komisyen tersebut tidak akan diberikan melainkan wakil tersebut dapat melakukan jualan dengan jumlah yang tertentu yang ditetapkan syarikat.Adakah ianya harus?

Jawapan:

Polisi jualan tersebut adalah harus. Ia tidak lain merupakan langkah syarikat melakukan akad al-Ji’alah (pemberian bersyarat) dengan pengedarnya sebagai imbalan mempromosikan jumlah jualan tertentu dari barangan/produk syarikat. Jika ianya berjaya melakukan jualan dengan jumlah tesebut , berhaklah ia untuk mendapat komisyen yang dijanjikan itu, jika tidak , tidak berhaklah ia mendapatnya. Masalah ini termasuk dalam bab al-Ji’alah . Sekalipun ada kemungkinan akan berlaku kepada wakil/pengedar meraka akan berpenat saja tanpa imbalan apabila mereka tidak berjaya mencapai jumlah jualan yang ditetapkan itu., perkara tersebut tidak akan menjejaskan keharusan mu’amalah tersebut. Ini kerana telah sedia dimaklumi (dlm fiqh) bahawa akad al-Ji’lah haarus berlaku padanya al-Jihalah dan al-Gharah (yakni ketidakpastian) walaupun unsur tersebut tidak harus berlaku dalam al-Ijarah. (akad sewaan).

(Fatwa dipetik dari buku Fiqh al-Mua’malat al-Maliyah al-Muqaran, tulisan Syeikh Dr. ”Alauddin Za;tari, hlm 338. ter. Dar al-Ashma’, Damsyiq, Syria, 2008. Penulis adalah pensyarah Fiqh dan Ekonomi Islam di University Ummu Darman, Syria dan Kolej University Islam Lubnan.Beliau memiliki laman webnya sendiri: www.alzatar,org).


2. FATWA TENTANG SKIM CEPAT KAYA DAN PELABURAN INTERNET

Pada 20 April 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai Hukum Pelaburan Internet, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:

a). Akad melalui internet adalah sah sekiranya menepati syarat-syarat jual-beli dan pelaburan yang ditetapkan oleh Islam.

b). Sebarang pelaburan melalui internet yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah haram, ciri-cirinya adalah:

i- Menetapkan kadar peratusan pulangan
ii- Menjamin modal dari sebarang kerugian adalah tidak sah akadnya
dan semua pulangannya adalah riba’ yang haram.

Justeru itu , semua jenis pelaburan yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan diatas samaada melalui internet atau tidak adalah diharamkan oleh Islam atas sebab2 riba’ dan gharar.

c). Beberapa cth jenis pelaburan ini adalah ABB Fund, Winli Fund, Dana Futures, Arabic Fund, Buy Ebbarel dan lain-lain yang sepertinya.

d). Mesyuarat menasihatkan orang-orang Islam agar merujuk kepada Jabatan Paasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan senarai pelaburan Islam yang halal.
Isu Skim Cepat Kaya

Mesyuarat turut membuat keputusan bahawa sebarang skim yang menawarkan pulangan mudah tanpa sebarang usaha atau cepat kaya adalah haram. Antara ciri-ciri mengenalpasti skim ini adalah:

a). Menawarkan pulangan tertentu dan tetap dalam masa tertentu tampa melakukan sebarang kerja yang setimpal.

b). Tiada penjualan barang yang sebenar.

c). Mempromosikan komisyen dan sistem kaki lebih utama dari menjual produk sebenar.

Rujukan fatwa: http://ww.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa warta view.asp?keyID=1392

FATWA TENTANG HARGA BARANG

Soalan: Apakah terdapat satu ketetapan khusus oleh syarak dalam penentuan harga? Berapakah kadar keuntungan yang diharuskan oleh Islam dalam perniagaan?

Jawapan:

”Tidak ada dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulama Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual beli terbina di atas saling redha meredhai antar penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah dalam suran an-Nisa’ , ayat: 29


Rujukan fatwa: Fatwa Syeikh Dr. Muhammad Bakr Ismail (ulamak Al-Azhar), himpunan fatawnya: Baina as-sa-il Wa al- Faqih, hlm. 108).




SYARAT-SYARAT MLM HALAL MENGIKUT USTAZ HJ. ZAHARUDDIN BIN HJ. ABD. RAHMAN.
(dipetik dari artikel beliau: ”Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM” dalam laman web; www.zaharuddin.net)

1. Produk MLM ini mesti dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk-produk yang benaraa-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubaata-ubatan berkualiti , unik dan lain-lainnya). Justeru produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannyatidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum syariah,, tidak halal disisi syariah. Justeru itu kekuatan MLM itu adalah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana(modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.Ini kerana penjualan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjualan dan kepad ahli di bawahnya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha.,ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ’kepala’ atau ahli yang ditaja,tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan yang ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game)

5. Tidak diwajibkan bagi ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komisen dari orang bawahannya

6. Setiap up-line atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ’shubhah’.
Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari suatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisen. Perlu diingat kebanyakan ahli di kaki yang sepuluh ke bawah mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang ke-sembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisen yang demikian berangkai dan begitu jauh?

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru pelan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih daripada orang atasannya apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat

8. mempersembahkan sistem plan pemasaran dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan

9. menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi

Apakah MLM – HPA juga terdapat dua Akad?

Sebelum menjawab persoalan yang ditimbulkan, di sini perlukah kita memahami maksud akad. Akad ialah transaksi yang berlaku dalam sesuatu muamalah atau yang lainnya antara individu dengan individu yang lain. Dalam konteks jual beli, ia merupakan transaksi antara penjual yang memiliki barang dan pembeli yang menghendaki barang tersebut. Islam mewajibkan adanya akad (ijab dan Qabul) antara kedua pihak apabila melakukan sesuatu transaksi.

Sebagai contoh ”saya menjual handphone saya ini kepada ini dengan harga RM300.00.” Ini disebut ’ijab’ (penawaran). Setelah itu kamu berkata pula, ”saya membeli handphone awak dengan harga 300.00. Ini disebut Qabul (penawaran). Urusan ini dibenarkan oleh Islam.

Sesuatu yang menjadi kemushkilan dalam MLM secara umumnya dikatakan wujudnya dua akad dalam satu transaksi. Ia boleh terjadi begini, contohnya: aku jual produk ini dengan harga RM1000.00 dengan syarat engkau menjadi wakil untukku menjual produk tersebut dengan komisen sebanyak 2 % dari harga barang yang kamu jual dan aku beri tanggungjawab kepada kamu untuk melantik ahli baru dan setiap barang yang dijual oleh ahli yang dilantik akan diberi 1% dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM800 setiap bulan. Ini kerana terdapat unsur yang tidak diharuskan oleh syara’ (haram) seperti unsur penipuan dan pemaksaan.

Sebaliknya perkara ini tidak terdapat dalam perniagaan MLM-HPA kerana tidak wujud dua akad dalam satu transaksi. Contohnya, HPA memberi kebebasan kepada mana-mana individu sama ada menjadi ahli atau pengedar. Setiap ahli tidak diwajibkan menjual produk, bahkan mereka bebas untuk menggunakan produk tersebut sebagai pengguna yang setia atau tidak. Yuran yang dikenakan hanyalah untuk keahlian dan maklumat serta apa sahaja urusan yang berkaitan dengan syarikat HPA itu sendiri sama ada perancangan atau apa sahaja aktiviti berkaitan syarikat. Selain itu tidak pula dikenakan syarat yang zalim dan membebankan ahli. Yuran tidak pula mengikat ahli untuk melakukan transaksi yang lain dalam berurus niaga. Ada pun mereka yang ingin menjadi wakil atau pengedar juga tidak dikenakan syarat yang zalim bahkan konsep al-Jia’lah (komisen) diguna pakai dalam urusan jual beli MLM- HPA. Ini kerana tugas yang dilakukan mereka adalah sesuatu yang mencabar dan wakil atau pengedar berhak mendapat komisen yang dijanjikan. Perkara ini bertepatan dengan dalil al-Quran dan hadis yang mengharuskan demikian.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud,
"Sesungguhnya jual beli itu sah dengan adanya redha meredhai”. (hadis riwayat Ibn Majah)

Kesimpulan
Dari apa yang dijelaskan bahawa akad merupakan satu daripada syarat yang perlu dalam muamalah Islam kerana dengan akad ini ia membezakan antara yang hak dan yang batil. Melalui akad juga dapat menentukan sama ada transaksi itu diterima oleh kedua pihak atau sebaliknya serta redha meredhai antara satu sama lain. Seterusnya keadaan ini akan memberi jaminan dan keselesaan kepada kedua belah pihak antara yang mengakad dan qabul (menerima akad). Namun begitu apa yang lebih utama adalah mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.



Rujukan:

1. Fiq, Islami Wa Adillwatuhu , Dr. Wahbah azz-Zuhaili, ter. Dar al- Fikr, Damsyiq Syiria (1885).
2. Baina As- Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Der. Bakar Ismail. Ter, Dar, al-Mznzr, Mesir. (1992)
3. Sistem Jualan Langsung di Malaysia dari Perspektif Muamalat Islam. Muhammad Hassan Zaid bin Ramli. UKM, BANGI (2002). Al-Haram Wa- Al Haram Fi Al- Islam , Dr. Yusof al- Qardhawi. Hlm 242.
4. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’ , Dr. Nazih Hamad ter. Al- Ma’had al- Alami Lil Fikri Al-Islami , Herndon. Virginia, U.S.A (1993).
5. Fiqh Sunnah , Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil I’lam al-‘Arabi, Kaherah Mesir.(1411/1412H)
6. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’e, Dr. Mustaf Al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al- Qalam, Damsyiq Syirai (1991).
7. Al-Majmu, ter, Dar al-Fikr , Beirut , Lubnan (2000).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan