Khamis, Disember 03, 2009

KELEBIHAN ILMU

Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w menggesa supaya umatnya membaca, kerana dengan membaca banyak ilmu akan diketahui. Membaca dapat menjana minda untuk berfikir, memerhati dan menginsafi diri sebagai hamba Allah s.w.t. sebagaimana mafhum firman Allah s.w.t :

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang
menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang
Maha Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan
perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa
yang tidak diketahui.”

Surah al-Alaq : ayat 1-5

“mempelajari satu bab daripada ilmu adalah lebih baik daripada sembahyang (sunat) 100 rakaat”(hadis)

“sesiapa yang menginginkan dunia(kebahagian dunia),maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu,Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya,maka ia pun harus berilmu”(hadis)

Mas’ab bin Zubir berkata:

“Belajarlah,kerana dengan belajar itu,kamu akan menjadi elok bila kamu tidak mempunyai rupa yang elok dan kamu akan punya kekayaan.Ilmu itu adalah hiasan bagi orang yang tidak mempunyai perhiasan dan harta bagi yang tidak mempunyai harta”(hadis)

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sebaik-baik sedekah ialah mempelajari seseorang Islam itu Ilmu ,kemudian mengajarkan ilmunya itu kepada saudara Islamnya”

(Riwayat Ibnu Majah)

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila seorang anak Adam telah mati, maka
terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara
yang dapat menghubungkan pahalanya, iaitu anak
yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang
dimanfaatkan.”
Riwayat Muslim
Luqman al-Hakim pernah menasihati anak-anaknya :
“Wahai anakku sayang! Kalau sewaktu kecil
engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu
sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa
kelak (hari tua) kamu akan memetik buahnya dan
kamu akan menikmatinya.”

Pelajarilah ilmu,kerana……..

• mempelajarinya kita akan takut kepada Allah

• menuntutnya adalah ibadat

• membincangkannya adalah bertasbih

• mencarinya adalah berjihad

• mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah

• memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada Allah

Kerana ilmulah…………….

• petunjuk kepada Allah antara yang halal dan haram

• menara kepada penghuni syurga

• teman di saat kesunyian

• rakan dimasa keseorangan

• teman berbicara di waktu khulwa

• petunjuk kepada yang membawa bahagia dan membawa kecelakaan

• senjata dalam menghadapi musuh

• perhiasan di saat bersama teman-teman

Dengan menguasai ilmu

• Allah mengangkat tinggi kedudukan banyak kaum

• Allah ad jadikan mereka pemimpin yang tegak

• Jejak langkah mereka diikuti
• Perbuatan mereka dicontohi dan;

• Pendapat mereka dijadikan pemutus


Para Malaikat………….

• Terlalu kepingin bertemankan mereka

• Sentiasa mengusapkan mereka dengan sayapnya

• Setiap benda lembap kering,ikan,dan binatang lauy,binatang buas di darat dan binatang jinak kesemuanya memohon agar mereka diampunkan


Kerana ilmu……………

• Menghidupkan hati dari kejahilan

• Lampu bagi penglihatan di saat kelam


Dengan ilmu……………..

• Hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang terpilih yang mempunyai darjat yang tinggi di dunia dan akhirat

Bagi seseorang muslim ,soal menuntut ilmu pengetahuan mesti menjadi agenda utama dalam kehidupannya kerana agama Islam begitu menitikberatkan ilmu.Imam Al-Ghazali membuat suatu penganalisaan yang amat bijak tentang kehebatan manusia menyatakan:

“Jika manusia itu merasa hebat(besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah.Jika manusia merasa kuat makan,sebenarnya besar lagi perut lembu.Jika manusia merasa bangga dengan keberaniannya sebenarnya berani lagi binatang buas (seperti singa atau harimau).Jika manusia merasa bangga dengan tahan lasaknya ,sebenarnya tahan lasak lagi unta.Jika manusia merasa bangga dengan kecantikkanya ,sebenarnya cantik lagi buruk merak……Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya”

Apa yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa kegagahan atau kehebatan manusia kerana ilmu pengetahuannya bukan semata-mata saiz tubuh badan seseorang itu ,kecantikan paras rupa manusia itu dan pelbagai lagi.

Saidina Ali k.w. telah menjelaskan pandangan beliau ketika ditanya
mengenai ilmu :

“Ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalah
warisan para nabi, manakala harta pula warisan
Qarun dan Fir’aun. Ilmu boleh menjaga diri kamu,
sedangkan harta, kamu yang menjaganya. Orang
yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman,
sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
Ilmu pengetahuan itu akan bertambah jika
diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika
dibelanjakan. Pemilik ilmu pengetahuan sentiasa
dihormati, sedangkan pemilik harta akan dikenali
sebagai si kedekut. Pemilik ilmu akan memberi
syafaat, pemilik harta akan dihisab. Biarpun masa
berlalu namun ilmu tidak lapuk ditelan zaman,
tetapi harta itu semakin lama semakin usang, ilmu
pengetahuan dapat menyinari hati, tetapi harta mengeraskan hati. Orang berilmu mengakui dirinya sebagai hamba Allah, sedangkan orang berharta
mengakui dirinya pemilik.”

Dalam memperkatakan tentang kelebihan orang yang menuntut ilmu,
Muaz bin Jabal r.a. telah berkata :

“Pelajarilah ilmu, kerana mempelajarinya kerana
Allah s.w.t. adalah tanda takut kepadaNya.
Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingatinya
adalah tasbih, menyelidikinya adalah jihad,
mengajarkannya kepada orang yang belum
mengetahui adalah sedekah, memberikan kepada
ahlinya adalah kebaktian sebab ilmu itu jalan untuk
ke syurga. Dialah teman ketika keseorangan dan
penghibur hati ketika kesepian. Dialah penunjuk
jalan kepada agama dan pendorong kesabaran pada
masa kesusahan. Dia menjadi senjata ketika
menghadapi musuh. Allah mengangkat martabat
kaum-kaum yang berilmu pengetahuan, sehingga
dijadikan pemimpin yang dapat diikuti oleh orang
ramai. Orang yang berilmu pengetahuan menjadi
model utama dalam melakukan amalan kebajikan.
Para malaikat serta makhluk di darat dan di air
sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Ilmu
dapat menghidupkan hati dari kebodohan, menjadi
pelita ketika dalam kegelapan, dapat mengenal yang
halal dan yang haram. Ilmu sebagai penunjuk amal,
sedang amal tetap menjadi pengikutnya.
Berbahagialah orang yang menerima ilham dari
ilmu dan celakalah orang yang terhalang dari ilmu
pengetahuan.”

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP MLM SYARIAH

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP MLM SYARIAH

MENGUASAI 3 FAKTOR KEKAYAAN

 KEKAYAAN EKONOMI
 KEKAYAAN INTELEKTUAL (ILMU DAN KEMAHIRAN)
 KEKAYAAN SPIRITUAL (JIWA DAN ROHANI)

Prinsip umum Muamalat ISLAM

 Prinsip kebenaran (betul menurut syara’)
 Prinsip Amanah (akauntabiliti kepada Allah)
 Prinsip Keikhlasan (niat kerana Allah)
 Prinsip Keadilan (kena pada tempatnya)
 Prinsip Persaudaraan (semua manusia bersaudara – damai dan harmoni)
 Prinsip Pengetahuan (ilmu sebagai teras)

Kepentingan perniagaan

 Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah :198, bermaksud;

“Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu.”

 Hadis Rasulullah s.a.w. antaranya;

“Peniaga yang jujur dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para Nabi, orang-orang salih dan para syuhada.”


NIAT YANG TULUS (IKHLAS)

• MENCARI KEBAIKAN BUAT DIRINYA DENGAN MEMELIHARA DIRI DARI YANG HARAM SERTA MEMELIHARA DIRI DARI SIFAT SUKA MEMINTA-MINTA YANG TIDAK BAIK
• NIAT UNTUK MENGIKAT HUBUNGAN SILATURRAHMI ATAU PERSAUDARAAN
• MENCARI KEBAIKAN UNTUK ORANG LAIN SEPERTI MEMBANGUNKAN EKONOMI UMAT DI MASA SEKARANG DAN MASA DEPAN SERTA MEMBEBASKAN UMAT DARI BELENGGU EKONOMI UMAT LAIN





BUDI PEKERTI YANG LUHUR

• JUJUR
• AMANAH
• MENEPATI JANJI
• MENUNAIKAN HUTANG DAN MEMBAYAR HUTANG DENGAN BAIK
• MEMBERI KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG KESULITAN MEMBAYAR HUTANGNYA, HINDARI SIKAP SUKA MENANGGUHKAN HUTANGNYA, MENJAUHI PENIPUAN, MANIPULASI DAN SEBAGAINYA


USAHA YANG HALAL

• BEKERJA DALAM HAL-HAL YANG BAIK
• BENCI KEPADA USAHA MENCARI SUMBER YANG HARAM (SKIM CEPAT KAYA, PIRAMID, BINARY DSBNYA
• BAGINYA TIDAK AKAN SAMA ANTARA YANG BAIK DENGAN YANG BURUK, MESKIPUN HAL YANG BURUK ITU KELIHATAN MENARIK HATINYA KERANA BESAR KEUNTUNGANNYA
• HANYA MELAKUKAN USAHA SEBATAS YANG DIBOLEHKAN OLEH ALLAH DAN RASUL-NYA
Hari sabtu yang lalu bersamaan 11 Zulhijah (28 Nov 09) saya berpeluang menziarahi Tuan Hj Ismail di rumah beliau di Kompleks Jejawi bersama keluarga. Terima kasih tak terhingga di atas kesudian Tuan Hj meluangkan masa dan melayani kami dengan penuh kemesraan. Sudah lama agaknya tak berpeluang untuk bersembang-sembang sebegitu. Maklumlah atas kesibukan beliau yang menumpukan sepenuh usaha dan masa untuk mengembangkan lagi rangkaian perniagaan HPA.

Dalam pada itu, dapat pula satu ilmu perawatan baru daripada Tuan Haji. Kebetulan anak gadis saya, Nur Ernie Nazirah !4 tahun sedang sakit sengugut dan herba Sengugut tak dibawanya pula. Tuan Hj yang begitu simpati dengan segera mencarikan sedikit serbuk teh yang direndam dalam air panas dan dicampur dengan sedikit kapur makan (kapur sireh) dan diberi minum. Saya taajub sekali dengan izin Allah SWT anak gadis saya yang pada asalnya sedang tangis menahan sakit mampu tersenyum ceria hanya dalam masa tak sampaipun 10 minit.

Dalam pertemuan itu saya sempat juga berbincang dengan beliau tentang perancangan HPA di masa hadapan. Beliau begitu jujur dan bersungguh-sungguh ingin melihat HPA membangunkan usahawannya tanpa mengharapkan modal secara pinjaman. Malah beliau mengajukan keyakinan bahawa masalah modal bukanlah penghalang kepada kejayaan dalam perniagaan. Yang penting kemahuan yang kuat untuk berjaya. Saya juga sempat berbincang tentang usaha untuk memajukan institusi pendidikan HPA hingga ke taraf Universiti. Insya Allah, institusi pendidikan yang bakal dimajukan HPA tidak akan sama seperti institusi pendidikan lain kerana matlamat kita untuk melahirkan insan-insan yang benar-benar mampu berdikari dan mempunyai semangat juang yang tinggi berasaskan Jihad agama dan ekonomi.
Salam perjuangan buat semua Usahawan Mujahid HPA,
Alhamdulillah, tanggal 30 Nov 09 berakhirlah pengajian saya dalam bidang Master in Muamalah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Selama 2 tahun pengajian, banyak ilmu dan pengalaman yang amat berharga yang dapat saya kutip dan dapat meningkatkan lagi kualiti diri saya sebagai manusia serta dapat juga saya menafaatkan untuk dikongsikan kepada semuanya melalui program-program ceramah dan kursus kepimpinan HPA.
Menariknya pengajian yang saya ikuti menggabungkan ilmu-ilmu pengurusan, kewangan, pemasaran, kepimpinan dan etika pengurusan berdasarkan perspektif Islam. Saya berpeluang mendalami ilmu dalam bidang Qawaid Fiqhiyyah (Kaedah-kaedah Fiqh), Usul Fiqh (muamalah), Fiqh al-Muamalah al-Maliyyah (fiqh kehartaan) dan Fiqh al-Muamalah al-Muasarah (berkaitan bentuk-bentuk ekonomi dan system kewangan semasa) termasuklah kajian atas MLM Syariah.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi berkat sokongan keluarga, pengurusan HPA serta semua barisan pemimpin HPA serta rakan taulan saya Berjaya mendapat keputusan cemerlang atas keseluruhan 13 subjek yang dikuti iaitu 10 A dan 3 B.
Sepanjang mengikuti pengajian yang begitu sistematik, banyak cetusan idea dan ilham yang datang kepada diri saya yang sudah tentu dapat dimenafaatkan untuk memajukan dan memantapkan lagi perniagaan HPA kita ini. Terasa diri begitu banyak kekurangan dan masih banyak rupanya yang perlu dipelajari oleh insan kerdil ini demi menghadapi pelbagai cabaran di masa hadapan. Insya Allah, segala-galanya akan saya coretkan buat tatapan dan renungan bersama bagi tuan-tuan dan saudara saudari yang sudi membaca coretan pengalaman saya ini.